Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = penumbuk alat utk memukul sesuatu supaya hancur atau lumat (alu, anak gobek, dll); 2. sesuatu yg dikuliti dll dgn antan atau alu: beras ~; kacang ~; ~ bedil satu cara meninju (dlm pencak); ~ kasau papan yg dipasang selari dgn kasau jantan (utk menutup bahagian tepi tebar layar); ~ lada sj senjata tajam Melayu (spt pisau atau badik); ~ rusuk (perbuatan) rasuah; ~ tanak segala pekerjaan rumah tangga; setumbuk ki sepadan, sesuai benar; orang ~ bagai gelang ki orang yg sama padan (suami isteri dll); bertumbuk 1. saling meninju (antara dua orang yg berkelahi dll), bergocoh, bertinju: mereka berpandangan spt ingin ~; 2. yg ditumbuk (tidak digiling atau dikisar): raja China tiada makan beras ~ sampai seka­rang; 3. berlanggar atau berlaga (dgn), bertub­ruk­an (dgn): hampir ~ hidungnya dgn Leman; 4. terlanggar atau terbentur (pd): lututnya ~ dgn kaki meja; 5. bertemu (dgn), terjumpa (dgn): suatu hari nanti dia akan ~ dgn beberapa kesulitan yg akan menyusah­kan dirinya; 6. bertembung (dgn), bertaut (dgn), bersambung (dgn): tiba-tiba ~lah pan­dangannya dgn pandangan Tuan Direktor yg telah berdiri di pintu; 7. berbetulan dgn (waktunya), bertepatan dgn, bersamaan dgn; menumbuk 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; ~ dlm lesung, bertanam di periuk prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya; bagai ~ padi hampa prb hal seseorang yg terbilang kekayaannya tetapi yg sebenarnya dia miskin; menumbuk-numbuk menumbuk beberapa kali atau berulang kali: dia pun meratap serta ~ dan menampar-nampar dadanya; menumbukkan 1. menumbuk sesuatu utk, menyuruh tumbuk pd: ia ~ ibu sirih; 2. melanggarkan sesuatu pd, melandakan, mem­benturkan, menubrukkan; 3. memukulkan buku tangan pd, menggocohkan, meninjukan, 4. menikamkan atau menusukkan pd: jika tiada lembing ini ditumbukkan di dada bukannya hamba anak laki-laki; tertumbuk 1. terlanggar (terbentur, ter­tubruk); 2. sudah ditumbuk (dikupas, dilumat­kan, dll); 3. terpukul (dgn buku tangan), ter-tinju; 4. telah sampai ke hadnya, sampai (pd), terbentur, tersuntuk; ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal (tidak tahu apa yg harus di­buat dll); 5. boleh atau dapat diketemui, terjumpa (dgn, pd); 6. tertumpu pd (pan­dangan dll): pandangannya ~ pd serumpun pohon mawar yg tumbuh di sela-sela rumput; ~ bermuka-muka bertemu muka, bersemuka; ~ biduk dikelokkan, ~ kata difikiri prb kalau tersilap mengerjakan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat diteruskan hendaklah dicari jalan lain; tumbukan 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; bertumbukan ki bertentangan dgn, ber­lawanan: mereka menceburkan diri ke dlm pergerakan politik, ~ dgn ‘Secret Service’ penjajahan dunia; penumbukan perihal menumbuk, perbuatan menumbuk; penumbuk 1. orang yg menumbuk (padi dll); 2. alat utk menumbuk (padi dll): lesung ~ padi; 3. kepalan tangan (utk menumbuk orang dll), buku tangan: dia meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya mengepal ~; Muhammad Ali tetap menyukarkan lawannya utk melepaskan sesuatu ~ kepadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat (spt alu, anak gobek) yg digunakan utk melantak sesuatu supaya hancur; penumbuk. ~ lada sj senjata tajam seakan-akan pisau atau badik. ~ rusuk perbuatan rasuah. ber­tumbuk 1 berkelahi dsb dgn meninju; bertinju: Budak dua beradik itu selalu ~. 2 dikupas atau dihancurkan dgn tumbuk; ditumbuk (tidak dikisar atau tidak digiling): Padi itu sudah ~. bertumbuk-tumbukan saling me­mukul dgn tinju; saling meninju: Kedua-dua ahli tinju itu ~. menumbuk 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. menumbukkan 1 menumbuk utk: Dia ~ ibunya sambal belacan. 2 memukulkan buku tangan atau tinju pd. tertumbuk 1 sudah ditumbuk dgn alu dll. 2 terpukul dgn buku tangan atau dgn tinju. ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal atau fikiran; tidak tahu apa yg hendak di­laku­kan. tumbukan 1 sesuatu yg di­tumbuk. 2 hasil menumbuk; pukulan dgn buku tangan: ~ tangan kirinya yg pantas itu telah menumbangkan lawan­­nya. pertumbukan perbuatan atau hal ber­tumbuk(-tumbukan).penumbukan perbuatan (hal dsb) menumbuk atau menumbukkan. penumbuk 1 alat utk menumbuk (padi dll); tumbuk. 2 orang yg menumbuk (padi dll). 3 kepalan tangan utk menumbuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,

Puisi
 

Tumbuk pulut di lesung tinggi,
     Anak Pak Pandir tangkap belalang;
Hidupkan rumput bunuhkan padi,
     Tentu sawah bertumbuh lalang.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUMBUK LADATUMBUK LADA, sejenis senjata untuk menikam.  Tumbuk lada yang terdapat di Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatera dan ia dianggap senjata yang istimewa, terutama sekali bagi suku kaum Minangkabau.  Senjata ini dikenali dengan panggilan nama tumbuk lading.  Di Negeri Sembilan dan di Minangkabau, senjata ini dipakai oleh datuk-datuk dan pegawai masyarakat berpangkat rendah sebagai senjata istiadat.BUDAYAAlat/Alatan
TUMBUK KALANGTUMBUK KALANG, permainan rakyat di Negeri Sembilan, khususnya di Tampin, Inas, Seri Menanti, Gunung Pasir, dan Rembau.  Permainan ini dimainkan oleh masyarakat petani ketika mengemping padi.  Alat muzik yang mengiringi persembahan tumbuk kalang ialah sebuah lesung dan beberapa batang antan.  Biasanya lesung dan antan ini diperbuat daripada kayu merbau atau halban kerana kayunya keras serta bunyinya lantang.BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi
SENJATA PENDEK

SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.  Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung.  Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas