Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bu.kan]/[tum.bu/.kan] | تومبوقن

Definisi : 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bu.kan]/[tum.bu/.kan] | تومبوقن

Definisi : 1 sesuatu yg di­tumbuk. 2 hasil menumbuk; pukulan dgn buku tangan: ~ tangan kirinya yg pantas itu telah menumbangkan lawan­­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Anak kecil itu berlungsur/melungsur dari pangkuan ibunya. 2.Petinju negara mengacah- acah/melibas - libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah.ayat ini betul atau salah. 4.Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu."1.Perkataan yang tepat bagi ayat aktif tak transitif, Anak kecil itu berlungsur dari pangkuan ibunya ialah berlungsur. Ayat tersebut merupakan ayat aktif tak transitif yang tidak diikuti objek sebagai penyambutnya. Ayat ini merupakan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan menjadi Anak kecil itu berlungsur. 2. Petinju negara mengacah-acah/melibas-libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa makna yang hampir sama. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah. Ayat tersebut tidak lengkap kerana tidak mengandungi objek. Ayat tersebut boleh ditambah 'Sawah padi menjadi kunci pendapatan bagi negeri kedah. 4. Ayat 'Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu." adalah betul.Tatabahasa04.09.2007
petinju-petinju dari kedua-dua buah negara itu berbalas-balas tumbukan untuk meraih kemenangan. (munsyi, adakah petinju-petinju sesuai digunakan? TK)Perkataan petinju-petinju sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa25.06.2013
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Tumbukan peninju itu kena (betul) pada muka lawannya. (b) Negara itu (diam) sahaja setelah perang saudara tamat. (c) Di pantai itu, air laut (kecut) pada waktu pagi. (d) Air bah (kecut) setelah hujan berhenti. (e) Mereka (hidup) di kawasan setinggan itu. (f) Penduduk kampung mendapat (kesan) daripada projek pembangunan itu. (g) Cahaya matanari bersinar dengan (hangat). (h) Mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang (hangat) itu. (i) Ruang tamu rumah itu luas dan (longgar). (j) Di dalam dulang itu ada tiga (bekas) gulai.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam”Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan:
1. Ayat tersebut betul.
2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan".
3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 
4. Ayat tersebut betul.
5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 
6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya".
7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ”
Tatabahasa13.09.2023

Kembali ke atas