Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pat] | تومڤت

Definisi : 1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pat] | تومڤت

Definisi : 1 penuh sesak atau penuh berisi (ttg ruang, rongga dll); padat: Stadium Merdeka telah ~ dgn penonton. penuh ~ penuh betul. 2 tidak berongga; padu: Kayu yg berat lebih ~ drpd kayu lempung. 3 tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; suntuk akal: Akalnya menjadi ~ mendengar berita buruk itu. menumpatkan mengisi hingga penuh; memadatkan. ketumpatan 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. ~ bandingan kadar ketumpatan sesuatu benda berbanding dgn ke­tumpatan sesuatu benda yg standard (spt air). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;,
Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrometermeter tumpatKejuruteraanPetroleumAlat yang mempunyai batang berskala yang digunakan bagi menentukan ketumpatan cecair. Cecair yang akan diselidiki dimasukkan atau diisikan ke dalam bekas, biasanya bikar, dan meter tumpat dimasukkan ke dalamnya. Jika cecair berkenaan mempunyai ketumpatan yang rendah, meter tumpat akan terapung tinggi dan sebaliknya jika ketumpatan cecair tinggi.
dense setset tumpatMatematikTiadaBerkaitan dengan setiap titik dalam B adalah merupakan titik dalam A juga, sekiranya set A tumpat dalam set B.
density effectkesan ketumpatanKejuruteraanTiadaPengurangan kuasa henti sesuatu bahan tumpat berbanding dengan kuasa henti bahan yang sama dalam keadaan tidak tumpat.
gravity overridepaksaan laluan gravitiKejuruteraanKejuruteraan KimiaFenomenon cecair tumpat yang mengalir serentak dengan fasa gas di dalam bahan berongga. Ini berlaku kerana cecair tumpat mengehadkan ruang laluan dan memaksa gas naik ke atas.
isostatic equilibriumkeseimbangan isostasiGeografiTiadaKeseimbangan hidrostatik yang dicapai di antara bahan litosfera yang kurang tumpat dan bahan astenosfera yang lebih tumpat.
critical anglesudut gentingGeologiTiada1. Sudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90o.
critical anglesudut gentingKejuruteraanTiada1. Sudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90o.
critical anglesudut gentingMatematikTiada1. Sudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90o.
critical anglesudut gentingKimiaTiada1. Sudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90o.
metaphase chromosomekromosom metafasaFizikNanoteknologiStruktur DNA pada peringkat kitaran sel yang berada dalam keadaan paling tumpat dan mudah untuk dibezakan. Kromosom ini selalu dipilih untuk dianalisis kerana mudah dicerap. Sekiranya kromosom ini terlalu tumpat dan mampat, proses penciriannya menjadi sukar.
12345678910...

Kembali ke atas