Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 penuh sesak atau penuh berisi (ttg ruang, rongga dll); padat: Stadium Merdeka telah ~ dgn penonton. penuh ~ penuh betul. 2 tidak berongga; padu: Kayu yg berat lebih ~ drpd kayu lempung. 3 tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; suntuk akal: Akalnya menjadi ~ mendengar berita buruk itu. menumpatkan mengisi hingga penuh; memadatkan. ketumpatan 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg diĀ­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. ~ bandingan kadar ketumpatan sesuatu benda berbanding dgn keĀ­tumpatan sesuatu benda yg standard (spt air). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;,
Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
dense concretebeton tumpatkonkrit tumpatkonkrit tumpatKejuruteraan
densitometerdensitometermeter tumpatmeter tumpatKejuruteraan Kapal Terbang
dense negativenegatif padatnegatif tumpatnegatif tumpatKomunikasi Massa
dense granulegranul padatgranul tumpatgranul tumpatVeterinar
dense bodybadan padatjasad tumpatjasad tumpatVeterinar
dense setgugus padatset tumpatset tumpatMatematik
dense phasefasa rapat/fasa padatfasa tumpatfasa tumpatKejuruteraan
neutral density filtertapis densitas netralturas tumpat neutralturas tumpat neutralKomunikasi Massa
dense tubular systemsistem tubular padatsistem tubul tumpatsistem tubul tumpatVeterinar
void and masskosong dan isilompang dan tumpatlompang dan tumpatPertanian
12

Kembali ke atas