Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tumpuan khasTiadaDewan Siswa1 May 1989
Malaysia tumpuan pelancong?Normasilla PonijanDewan Masyarakat1 June 1998
Mimaland tumpuan pelarian kotaAminuddin MansorDewan Siswa1 January 1991
Sektor perkhidmatan tumpuan ekonomi 2008Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 October 2007
Drama sebagai tumpuan pengajaran dan pemelajaran bersepaduBorhan Md ZainPelita Bahasa1 January 1992
SMIDEC pusat tumpuan pembangunan IKSTiadaDewan Ekonomi1 September 1997
Kuching jadi tumpuan lagi..TiadaDewan Sastera1 January 1988
Dataran Merdeka - tumpuan terbaru di Kuala LumpurKhairy AliDewan Budaya1 January 1990
Gunung tebu: tumpuan pencari ilmu kebatinanMohd. Yusof AbdullahDewan Siswa1 February 1989
"Amelda Qistina": tumpuan dalam pemilihan subjek ceritaPutri al InshirahDewan Siswa1 June 1995
123

Kembali ke atas