Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Penerbitan ensiklopedia : tumpuan kepada penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(pengarang)Tiada2001 
Penerbitan ensiklopedia tumpuan kepada penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.PenulisTiada2002 
Kesusasteraan Melayu Klasik (tumpuan kepada prosa) Tiada1984967-939-138-8
Undang-undang Melayu lama: tumpuan khas hakim dan undang-undang yang di bawah pengaruhnyaUMTiada1972 
Undang-undang Melayu lama: tumpuan kepada hukum dan undang-undang yang dibawah pengaruhnya(pengarang)Tiada1972 
Zaman klasik di Nusantara:tumpuan kajian di SumateraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2008978-983-62-9987-1
Seni silat Melayu dengan tumpuan kepada seni Silat SekebunDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-2178-6
Pertandingan Sahiba Peringkat Enam Sektor Tumpuan Utama Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012Dewan Bahasa dan PustakaTiada2012 
Bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Malaysia tumpuan kepada aspek gaya bahasa dan nilai murni dalam novel remaja untuk peringkat Sekolah Menengah RendahUniversiti Putra MalaysiaTiada1988 
Profil penerbitan buku sains dan teknologi : tumpuan kepada Dewan Bahasa dan PustakaPenerbit Universiti MalayaTiada2007 
12

Kembali ke atas