Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DACHAU

Dachau ialah salah sebuah kem tumpuan pertama

yang ditubuhkan oleh pihak Nazi di Jerman. Ia

terletak berhampiran dengan bandar Dachau, 16

kilometer dari Munich.

UMUM 
KEJURURAWATAN

Kejururawatan ialah suatu profesion yang

memberi tumpuan terdapat penjagaan orang sakit

dan juga pencegahan penyakit. Kebanyakan

jururawat bekerja di hospital. Ada juga jururawat

menjaga pesakit di kediaman pesakit sendiri.

Banyak jururawat yang lain pula membantu doktor

di klinik pergigian dan perubatan, di sekolah, di

taman bimbingan kanak-kanak, di kedai dan kilang,

dalam pasukan angkatan tentera, dan di dalam

kapal, kereta api, dan kapal terbang. Jururawat

dengan latihan khas boleh juga mengajar di

sekolah kejururawatan, iaitu melatih lelaki dan

perempuan untuk menjadi jururawat.

UMUM 
SEKOLAH KOIR

Sekolah koir adalah pertubuhan-pertubuhan di

United Kingdom yang memberi tumpuan khas

kepada pendidikan kanak-kanak lelaki yang

menyanyi dalam koir di upacara keagamaan

harian. Sesetengah sekolah ini mengambil hanya

ahli koir (koir lelaki), tetapi kebanyakan yang lain

juga menerima murid-murid lain. Semua murid

mendapat pendidikan am yang baik.

UMUM 
TASBIH

Tasbih ialah kalungan manik kecil yang

digunakan untuk membantu ingatan dan tumpuan

semasa bersembahyang. Manik kecil ini mungkin

dibuat daripada kayu, logam, atau batu.

UMUM 
GEOLOGI PETROLEUMKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitanKEJURUTERAANKonsep
ANALISIS KEROGENKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam batuan kerak bumi.KEJURUTERAANKonsep
NATURALISME

Naturalisme, dalam kesusasteraan, ialah

percubaan untuk menerapkan teori dan kaedah

saintifik ke dalam penulisan imaginatif. Ahli

alamiah memberi tumpuan kepada dunia fizikal

untuk menyingkirkan benda ghaib. Naturalisme

berkembang pada akhir tahun 1800-an dan awal

tahun 1900-an, dan menjadi paling penting dalam

novel dan drama.

UMUM 
ALBERS, JOSEF

Albers, Josef (1888–1976) ialah pelukis dan guru

Jerman. Albers menumpukan perhatian tentang cara warna

dibuat untuk menunjukkan hubungannya dengan

gambar. Untuk beberapa tahun, dia  memberi

tumpuan pada satu bentuk sahaja, iaitu segi

empat sama. Dia menamakan lukisan segi empat

samanya, Homage to the Square .

UMUM 
MAKMAL KEBANGSAAN OAK RIDGE

Makmal Kebangsaan Oak Ridge, di Oak

Ridge, Tennessee, ialah salah sebuah pusat

penyelidikan dan pembangunan tenaga yang

terbesar di Amerika Syarikat. Kerja di makmal ini

memberi tumpuan utama kepada teknologi

tenaga nuklear. Penyelidik di Oak Ridge

menjalankan eksperimen dengan pembelahan

nuklear dan pelakuran nuklear. Makmal ini juga

merupakan sumber utama radioaktif dan isotop

yang stabil di Amerika Syarikat yang digunakan

dalam lapangan perubatan, industri, dan

penyelidikan.

UMUM 
CHINATOWN

Chinatown. Bahagian tumpuan penduduk berketurunan Cina dalam bandar-bandar besar di negara-negara Barat terutama sekali Amerika Syarikat dan Kanada.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
123

Kembali ke atas