Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah mela­lui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.puan] | تومڤوان

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat ber­tumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Pusat jala pumpunan ikan.

Bermaksud :

Menjadi tempat tumpuan atau menjadi pusat berbagai-bagai hal. pumpunan = tempat berkumpul.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
setiap proses pem- binaan yang dilaksanakan dapat mencapai sekurang-kurangnya pada tahap piawai minimum, khususnya dalam aspek kesihatan dan keselamatan. (KEJ) building engineering (kejuruteraan bangunan) Cabang ilmu kejuruteraan yang memberi tumpuan terhadap aspek bangunan dan perkhidmatan, teknologi binaan dan juga infrastruktur. Antara bidang yang ter- kandung dalam aspek kejuruteraan ialah struktur, bahan binaan, mekanik tanah, perkhidmatan bangunan seperti bekalan air dan

Kembali ke atas