Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1 tidak tajam; tidak runcing: Mata cangkul ini sudah ~. 2 susah hen­dak memahami; agak bodoh. menumpul­kan menyebabkan atau men­jadikan tumpul. ketumpulan keadaan atau hal tumpul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpul (adjektif)
1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal,
Berantonim dengan tajam

2. Dalam konteks otak
bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,


Puisi
 

Ambil parang cangkulkan tunggul,
     Tunggul ada berikat tali;
Rakyat kurang senjata tumpul,
     Rakyat di kota separuh mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
komoi II[k.mj]kata adjektiftumpul.Pensel hang tu komoi pasai tak asah.[pEn.sEl hAN tu k.mj pA.sAj tA/ A.sAh]Pensel kamu itu tumpul kerana lama tidak diasah.
mampai[mAm.pAj]kata adjektiftumpul, dempak.Depa tumbok empin pakai alu hak mampai.[dE.pA tum.bo/ «m.pin pA.kAj A.lu hA/ mAm.pAj]Mereka menumbuk emping dengan menggunakan alu yang dempak.

Kembali ke atas