Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1 tidak tajam; tidak runcing: Mata cangkul ini sudah ~. 2 susah hen­dak memahami; agak bodoh. menumpul­kan menyebabkan atau men­jadikan tumpul. ketumpulan keadaan atau hal tumpul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpul (adjektif)
1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal,
Berantonim dengan tajam

2. Dalam konteks otak
bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,


Puisi
 

Ambil parang cangkulkan tunggul,
     Tunggul ada berikat tali;
Rakyat kurang senjata tumpul,
     Rakyat di kota separuh mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bluntadj 1. not sharp, tumpul, majal; (of instrument, object, without cutting edge) tumpul, tdk tajam: the knife is ~, pisau itu tumpul; a ~ pencil, pensel tumpul; a ~ instrument, alat yg tumpul; 2. aggressively outspoken, a. (of person) lancang mulut; b. (of manner, speech, etc) kasar: a ~ question, pertanyaan yg kasar; 3. plain, straightforward, suka berterus terang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
edgen 1. cutting part of blade,mata: the ~ of a knife, mata pisau; have a /good, sharp/ ~, tajam (matanya), (bermata) tajam; have /a bad, no/ ~, tumpul (matanya), (bermata) tumpul: this knife has no ~ on it, pisau ini tumpul; 2. fringe, a. (of forest, jungle) pinggir, tepi; b. (of cliff, table, deck, etc) tubir, tepi; 3. (rim of coin, plate, etc) tepi; 4. (of water) gigi; 5. (of book) tubir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
serrationn 1. condition of being serrated, kegerigian; 2. (usu in pl) notches on a serrated edge, gerigi: the ~s on this knife have been blunted, gerigi pisau ini sudah tumpul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dull3. not bright, rather dark, (of colour) suram, sebam; (of light) suram, buram: the ~ yellow of old gold, warna kuning suram emas lama; there was a ~ glow in the night sky, terdapat cahaya suram di langit malam; 4. overcast, suram: the sky was ~ all day, langit suram sepanjang hari; 5. not clear, bengap, tdk jelas: there was a ~ thud as the bag of rice fell to the floor, kedengaran bunyi bengap apabila kampit beras itu jatuh ke lantai; ~ of hearing, lemah pendengaran; 6. blunt, tumpul, majal: the ~ edge of the knife, mata pisau yg tumpul; 7. (of pain, ache) not sharp, tdk mencucuk; 8. slow in understanding, learning, etc,Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas