Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1 tidak tajam; tidak runcing: Mata cangkul ini sudah ~. 2 susah hen­dak memahami; agak bodoh. menumpul­kan menyebabkan atau men­jadikan tumpul. ketumpulan keadaan atau hal tumpul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpul (adjektif)
1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal,
Berantonim dengan tajam

2. Dalam konteks otak
bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,


Puisi
 

Ambil parang cangkulkan tunggul,
     Tunggul ada berikat tali;
Rakyat kurang senjata tumpul,
     Rakyat di kota separuh mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
blunt injurycedera tumpulcedera tumpulcedera tumpulPerubatan
blunted affectafek tumpulafek tumpulafek tumpulPerubatan
blunt traumatrauma tumpultrauma tumpultrauma tumpulPerubatan
blunt endujung tumpulhujung tumpulhujung tumpulFarmasi
blunt renal injurycedera ginjal tumpulcedera ginjal tumpulcedera ginjal tumpulPerubatan
blunt-bevel needlejarum serong tumpuljarum serong tumpuljarum serong tumpulPerubatan
blunt-end cutpemotongan ujung tumpulpotongan hujung tumpulpotongan hujung tumpulFarmasi
obtuse anglesudut tumpulTiadasudut cakahMatematik
obtuse-anglesegitiga tumpulTiadasegitiga bersudut cakahMatematik

Kembali ke atas