Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1 tidak tajam; tidak runcing: Mata cangkul ini sudah ~. 2 susah hen­dak memahami; agak bodoh. menumpul­kan menyebabkan atau men­jadikan tumpul. ketumpulan keadaan atau hal tumpul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpul (adjektif)
1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal,
Berantonim dengan tajam

2. Dalam konteks otak
bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,


Puisi
 

Ambil parang cangkulkan tunggul,
     Tunggul ada berikat tali;
Rakyat kurang senjata tumpul,
     Rakyat di kota separuh mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blunt nailpaku tumpulKesenianTiadaPaku berhujung tumpul yang digunakan pada permukaan batu dan kayu yang keras.
blunt-bevel needlejarum serong tumpulPerubatanTiadaJarum khas yang hujungnya berbentuk serong dan tumpul, seperti jarum yang digunakan untuk penyekatan saraf periferi, iaitu sekatan saraf femoral dan aksilari. Tujuan jarum tersebut direka sedemikian adalah untuk mengenal pasti kedudukan lapisan tisu saraf semasa prosedur penyekatan saraf.
blunt end ligationpengligatan hujung tumpulBiologiGenetikPenggunaan enzim ligase DNA sebagai penyambung hujung tumpul serpihan pembatasan.
eased edgesegi tumpulPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian aris dan bucu kayu yang telah dibulatkan bagi tujuan keselamatan dan estetik. Misalnya, segi tumpul pada meja dan anak tangga.
blunt wedge indenterpelekuk baji tumpulNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanJenis pelekuk yang digunakan untuk membuat tanda atau lekukan pada bahan uji dengan menggunakan tip pelekuk baji tumpul yang mempunyai sudut baji melebihi 90 darjah untuk menentukan kekerasan bahan.
blunttumpulKomunikasi MassaTiadaTiada
eased edgesegi tumpulPerhutananTiadaBahagian aris dan bucu kayu yang telah dibulatkan bagi tujuan keselamatan dan estetik. Misalnya segi tampal pada meja dan anak tangga.
dull painsakit tumpulPerubatanTiadaKesakitan yang tidak begitu teruk dan tidak tajam.
blunt brushberus tumpulKesenianTiadaBerus yang mempunyai bulu berbentuk bulat.
blunt setaseta tumpulBiologiEntomologiSeta yang tidak tajam pada serangga.
1234

Kembali ke atas