Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl kep tuan (gelaran orang besar-besar zaman kerajaan Melayu dahulu yg umumnya diwarisi): ~ Tuah, ~ Bijasura; 2. gelaran utk orang yg dianugerahi bintang Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang di-Pertuan Agong: ~ Abdul Razak; ~ Abdul Malek; pertunan sekalian orang yg bergelar Tun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gelar utk orang yg dianugerahi bintang Seri Maharaja Mangku Negara atau Seri Setia Mahkota: ~ Abd. Razak. 2 gelar utk orang-orang besar pd zaman kerajaan Melayu dahulu: ~ Tuah; ~ Mamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu latarbelakang tokoh DBP Tun Dr. Tun Syed Nasir?Tun Syed Nasir lahir di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan menerima pendidikan awal di sekolah Inggeris kerajaan di Batu Pahat. Beliau dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan pada Februari 1956 dan kemudiannya menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957, menggantikan tempat Prof. Ungku Aziz. Antara jasa beliau adalah menerajui DBP dalam pertemuan penyamaan ejaan Malaya - Indonesia dan pengasas Bulan Bahasa Kebangsaan. Atas jasa sebagai pejuang bahasa kebangsaan beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktpr Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1978. Beliau kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982Lain-lain12.04.2007
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar?

  Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7.     

Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara.           

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka.

Lain-lain15.05.2010
Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. 

Lain-lain19.11.2010
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pe­mimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg nega­ra­wan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.08.2012
Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan perkataan dianya dalam blognya. Oleh sebab beliau seorang negarawan dan sangat mencintai bahasa Melayu, ada pendapat mengatakan kita patut menerima pakai perkataan dianya yang diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia itu. Mohon penjelasan.Penggunaan yang betul ialah  'ia' , 'dia', 'nya'  kerana kata-kata ini merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata  'dianya'  tidak boleh digunakan  kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 86 - 87.Tatabahasa19.09.2009
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih!

1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 

2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa;

3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan)

Tatabahasa13.04.2010
Tun (Ejaan Jawi)Ta nun (Tun) - Ejaan JawiEjaan23.10.2014
Assalamualaikum, Saya inginkan kepastian tentang ayat susunan songsang. Sekiranya ayat begini: Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan mantan Perdana Malaysia. Apabila disongsangkan begini adakah ayat itu betul: Mantan Perdana Menteri merupakan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekian terima kasihDalam susunan songsang keseluruhan predikat dikedepankan menjadi merupakan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Untujk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478.Tatabahasa08.08.2012
Mohon nasihat tentang penulisan perkataan berikut: "Dirasmikan Oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ataupun YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak." Kekeliruan saya di sini ialah sama ada perkataan Yang Amat Berhormat (YAB) itu dibubuh di hadapan nama khas ataupun di hadapan gelaran/jawatan.Penggunaan gelaran dalam ayat tersebut betul, iaitu YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia atau satu lagi cara menulis/menyebutnya ialag Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak.Ejaan23.03.2012
Dato' Sri Dr. Mahathir (kini Tun)Dato' Sri Dr. Mahathir (Tun)Lain-lain24.05.2011
123456789

Kembali ke atas