Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nai] | توناي

Definisi : 1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan; membayar ~ mem­bayar dgn wang pd ketika itu juga (tidak ber­hutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn segera; 2. tidak bertangguh (dlm menger­jakan sesuatu), pd ketika itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala; menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; ~ ajaran (perin­tah, pesanan) mengerjakan ajaran (perin­tah, pesanan); ~ cita-cita berusaha men­capaikan cita-cita; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dll); penunaian perihal menunaikan, pelaksana-an, pengamalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nai] | توناي

Definisi : 1 tidak bertangguh (ttg bayar­an); tidak berhutang: mem­bayar ~ membayar pd ketika itu juga; wang ~ wang yg dpt di­gunakan dgn segera (wang kertas atau syiling). 2 pd ketika itu juga; tidak bertangguh (melakukan se­suatu): Sahaja aku sembahyang fardu maghrib, tiga rakaat, ~ kerana Allah Taala. ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan apabila perlu, utk perbelanjaan kecil atau yg sedikit. menunaikan 1 membayar semasa itu juga; membayar tunai. 2 menjalankan sesuatu tugas atau janji; mengamalkan ajaran, perintah dll: Ia sudah ~ rukun Islam yg kelima. 3 menukarkan cek, kiriman wang dsb dgn wang tunai: Mereka ke bank utk ~ cek yg diterima itu. penunaian perbuatan atau hal me­nunaikan; pelaksanaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunai
Kata Terbitan : menunaikan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Tuan/Puan, Mohon kerjasama untuk menyemak ayat di bawah sebelum ianya digunakan secara rasmi di Pejabat ini: PEMAKLUMAN PENTING PREMIS TANPA TUNAI! Sebarang urusniaga tunai dianggap RASUAH. Sekian, terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah:

PEMAKLUMAN PENTING PREMIS URUS NIAGA TANPA TUNAI.  Sebarang urus niaga tunai dianggap RASUAH.
Lain-lain09.10.2013
Assalam/Salam sejahtera. Boleh tahu istilah yang betul untuk cashback dalam bahasa Melayu Terima kasihWaalaikumsalam,

Pihak kami mencadangkan pulangan tunai atau wang tunai dikembalikan, bergantung pada konsep dan penggunaan ayat tersebut.
Istilah18.08.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Hasil carian istilah "liquidity" di laman sesawang PRPM menemukan saya dua keputusan - "kecairan" dan "mudah tunai". Saya ingin mohon pencerahan, apakah terjemahan yang tepat untuk "liquidity management service" yang ditawarkan institusi perbankan (cth: menyatukan baki dalam akaun-akaun semasa yang berlainan ke dalam satu akaun semasa utama)? Adakah "perkhidmatan pengurusan kecairan" atau "perkhidmatan pengurusan mudah tunai" atau ada terjemahan lain? Juga, bagaimana untuk saya memahami konteks yang sesuai untuk menggunakan "kecairan" dan "mudah tunai"? Terima kasih.Kami mencadangkan istilah "Liquidity Management Service" diterjemahkan sebagai "Perkhidmatan Pengurusan Kecairan" atau "Perkhidmatan Pengurusan Mudah Tunai". Kedua-dua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Pentadbiran, Ekonomi, Perkhidmatan Kewangan atau Perbankan.
Istilah17.03.2021
Merujuk kepada soalan saya bertarikh 9/11/2015 Bolehkah saya menggunakan ayat berikut? Ini adalah untuk keseragaman dengan ayat seperti Bahasa Inggeris. Ganjaran untuk anda pemandu berhemah Dapatkan 15% Pulangan Tunai bagi insurans motor Sekian. Terima kasih.Ganjaran untuk anda pemandu berhemah, dapatkan 15% pulangan tunai bagi insurans motor. Frasa ini boleh digunakan. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Tatabahasa11.11.2015
gaya terkini untuk membawa tunaiMohon tuan jelaskan soalan yang ingin dikemukakan.Lain-lain24.01.2019
Salam, Ingin maklum balas samada terjermahan di bawah adalah betul. English We reward good drivers like you Get 15% Cash Back for motor insurance BM Ganjaran untuk anda pemandu berhemah Dapatkan Pulangan Tunai 15% bagi insurans motor Sekian, terima kasih.Salam,

Dicadangkan terjemahan: Ganjaran untuk pemandu berhemah. Dapatkan pulangan wang tunai 15% bagi insurans motor.
Penyemakan dan penterjemahan09.11.2015
Saya ingin bertanya perkembangan manuskrip saya yang berjudul "WAKAF TUNAI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ISLAM"?Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Pengarah Penerbitan, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.my.Lain-lain10.02.2017
pasukan badminton negara telah membawa balik sebiji piala pusingan berserta hadiah wang tunai Tuan, kesalahan pada sebiji.. tuan, apakah perkataa yang sesuai digantikan. TQPenjodoh bilangan yang betul ialah sebuah piala.Tatabahasa20.09.2011
12Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa pemenang tempat pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000.00. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TKAyat tersebut tidak gramatis. Lihat penggunaan kata sendi nama adalah dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa05.04.2012
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa?

Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian.

Contoh:

1.     RM1 juta

2.     RM1 000 000.00

Ejaan11.03.2020
123

Kembali ke atas