Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nas] | تونس

Definisi : bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas, dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk; ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan; ~ celah = ~ ketiak tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan (ranting dll); ~ hujung = ~ pucuk tunas yg terdapat pd bahagian hujung ranting; ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah dituai; ~ rasa (Bio) sel di permukaan lidah yg membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, spt rasa pahit, masin, manis atau masam; ~ sulung tunas yg mula-mula sekali bercambah pd biji; tidak berasak ~ dr tunggul prb pangkat dll yg diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga); bertunas 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mem-punyai anak cucu, menurunkan zuriat, ber-keturunan; 3. ki tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~; baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros; menunas 1. cambah atau timbul sbg tunas (tumbuh-tumbuhan); 2. = menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas; menunaskan menjadikan bertunas, menim-bulkan, menerbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nas] | تونس

Definisi : , = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. ber­tunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; me­nurunkan baka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunas (kata nama)
Bersinonim dengan pucuk, taruk, kecambah, sulur, mata, putih, kudup, bakal cabang, semi;,
Kata Terbitan : bertunas,

Peribahasa

Apabila tumbuh-nyiur itu patah,
     tumbuh-nyiur juga akan gantinya.

Bermaksud :

Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
thrust3. push forth, keluar: the shoots are just beginning to ~ through the soil, tunas-tunas itu baru mula keluar dr tanah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
budn 1. rudimentary growth of, a. (branch, leaf) tunas: ~ grafting, cantuman tunas; b. (of flower) kudup; in ~, a. producing undeveloped branches or leaves, sedang bertunas; b. producing undeveloped flowers, mengeluarkan kudup; 2. partially opened flower, kuntum; 3. any bud-like growth, tunas: taste ~, tunas rasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
taste budn tunas rasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burgeonn bud, tunas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Brownie Guide, Brownien Tunas Puteri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sprout n 1. new shoot, tunas; 2. see BRUSSELS SPROUT;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shootn 1. young stem with leaves, tunas, taruk; (at apex of plant or end of branch) pucuk, taruk; (of bamboo) rebung: the cattle will eat the ~s unless the trees are fenced off, lembu akan memakan pucuk kalau pokok-pokok itu tdk dipagari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
offshootn 1. (lateral shoot from main stem of plant) tunas susur; (lateral branch from main stem of plant) dahan susur; 2. st that developed from st else, cabang: one of the ~s of the organization, salah satu cabang organisasi itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
propagatevt 1. cause (animal, plant)to multiply, membiakkan: these roses have been ~d from cuttings, pokok-pokok mawar ini telah dibiakkan drpd keratan tunas; the Veterinary Department ~d a new species of cattle by crossing the local with Texan Longhorns, Jabatan Veterinar membiakkan spesis lembu yg baru dgn mengacukkan lembu tempatan dgn lembu jenis Texan Longhorns;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas