Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.da] | توندا

Definisi : sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.da] | توندا

Definisi : bp tangguh; menunda menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menang-guhkan (pelaksanaan dll sesuatu): mulanya sukan itu hendak diadakan pd bulan Ogos, kemudian ditunda kpd bulan Disember; menunda-nunda selalu menunda, menang­guh-nangguhkan waktu, memperlama; tertunda 1. ditangguhkan, ditunda; 2. sengaja dilambat-lambatkan; penundaan perihal menunda, penangguhan: kepulanganmu cuma bererti ~ waktu, janji memang telah sampai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.da] | توندا

Definisi : Mn tolak dr belakang, sorong; bertunda 1. berlepas, bertolak; 2. berpan­jangan melakukan sesuatu, berlama-lama; ~ berkelahi berkelahi berlama-lama; bertunda-tunda berlama-lama, ber­panjang-an; ~ banyaknya sangat banyak; ~ berbicara lama berbicara; menunda, menundakan 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong; ~ pedati menolak pedati; 2. ki meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, men-desak: dgn mengumumkan parti politik yg baru, kita dapat ~ pemerintah mengambil suatu keputusan; tunda-menunda saling menunda (tolak-menolak): ombak bergulungan ~; tundaan hasil perbuatan menunda, tolakan: agak cepat juga gerak ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.da] | توندا

Definisi : ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan di­langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge­rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. tertunda terhenti; di­­tangguhkan. penundaan per­buatan atau hal menunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tun.da] | توندا

Definisi : ; kail ~ kail yg ditarik di bela­kang perahu. pukat ~ pukat yg ditarik di belakang perahu dll. sampan ~ sampan yg berisi muatan dan ditarik oleh kapal kecil. bertunda sedang menarik sampan tunda. menunda 1 menarik sampan dll dgn tali dsb. 2 ki berjalan dll berikut-ikut atau berturut-turut; mengikut di belakang. penundaan perbuatan menunda. penunda sesuatu yg digunakan utk menunda; penarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunda
Kata Terbitan : bertunda-tunda, menunda,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
trawlvi & vt berpukat tunda (di): the fishermen who ~ the sea, nelayan-nelayan yg berpukat tunda di laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trollvi & vt mengail tunda: he spent all morning ~ing for spanish mackerel, dia menghabiskan sepanjang pagi mengail tunda ikan tenggiriKamus Inggeris-Melayu Dewan
trawl~ for st, menangkap sst dgn pukat tunda: the fishermen were ~ing for tuna, nelayan-nelayan itu sedang menangkap ikan tuna dgn pukat tunda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trawlern 1. (fishing vessel) kapal pukat tunda; 2. fisherman who trawls, nelayan pukat tunda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tugboatn kapal tunda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
drag-netn 1. pukat tunda; 2. (fig.) jaring: they managed to evade the police ~, mereka dapat mengelak jaring polis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trawln 1. also trawl net pukat tunda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fish~ st out, a. draw st out of water etc, mengeluarkan sst: the police ~ed the bicycle out of the canal, polis mengeluarkan basikal itu dr parit; he ~ed out some coins from his pocket, dia mengeluarkan syiling dr sakunya; b. (usu pass.) empty st of all its fish, (act.) menangkap ikan di sst hingga habis, menghabiskan ikan di sst; (pass.), /kehabisan, kekeringan/ ikan: it was the foreign trawlers that ~ed out these waters, pemukat tunda asinglah yg menghabiskan ikan di perairan ini; the pond has been ~ed out, kolam itu kehabisan ikan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pin 2. attach with pin, melekatkan dgn /penyemat, peniti/: the list of candidates was ~ned to the notice-board, senarai nama calon dilekatkan dgn penyemat pd papan kenyataan; 3. prevent from moving, menghimpit; (pass.) terhimpit; (by holding the arms) mengepit: the police ~ed his arms behind his back and handcuffed him, polis itu mengepit kedua-dua belah tangannya ke belakang lalu menggarinya; he was ~ned underneath the car until the tow-truck arrived, dia terhimpit di bawah kereta itu sehinggalah trak tunda sampai; the bully ~ned the boy against the fence and threatened him,Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas