Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan di­langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge­rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. tertunda terhenti; di­­tangguhkan. penundaan per­buatan atau hal menunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunda
Kata Terbitan : bertunda-tunda, menunda,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. (a)Kereta itu ditunda oleh kereta tunda.ATAU (b) kereta itu ditarik oleh kereta tunda. 2.(a)Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. ATAU (b)rambutnya digunting agar kelihatan kemas.1. Kereta itu ditunda oleh kereta tunda. Kereta itu ditarik oleh kereta tunda. Kedua-dua ayat ini betul, namun bagi mengelakkan terlalu banyak pengulangan kata, maka ayat kedua lebih lazim digunakan.
2. Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. Rambutnya digunting agar kelihatan kemas. Kedua-dua ayat ini juga betul.
Tatabahasa14.04.2015
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasihLazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos.Tatabahasa30.07.2012
Tafsiran untuk perkataan TRAK TUNDATrak Tunda ialah sejenis trak / lori yang digunakan untuk menunda kenderaan lain sama ada kenderaan tersebut dibawa di atas trak  atau ditarik.Makna05.02.2020
Apakah perbezaan dan bilakah kesesuaian pengunaan perkataan TUNDA dan TANGGUH terutama dalam penulisan surat rasmi.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "tunda" dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh. Bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Dalam urusan rasmi dan termasuk dalam penulisan rasmi penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Oleh itu, perkataan yang sesuai digunakan dalam konteks rasmi ialah "tangguh". 
Tatabahasa17.12.2020
1) Pantai laut, 2) pantai barat, 3) pantai timur, 4) vesel pukat tunda, 5) nama model seperti "model BCC", "model CCR" dalam analisis penyampulan data Perkataan 1-5 adalah dikategorikan sebagai kata nama khas atau kata nama am ?Pantai laut dan vesel pukat tunda merupakan kata nama am, manakala Pantai Barat, Pantai Timur, Model BCC dan Model CCR ialah kata nama khas. Untuk kata nama khas, huruf awal perlu menggunakan huruf besar. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1612.Lain-lain11.12.2023
Pertandingan bola baling itu terpaksa _____ pada hari sabtu kerana padang becak a) dilanjutkan b) ditangguhkan c) direhatkan d) ditundakan dalam kamus, tunda dan tangguh mempunyai maksud yang sama. tetapi jawapan dalam buku (B)Pertandingan bola baling itu terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu kerana padang becak. Tunda juga bermaksud tangguh tetapi dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh, oleh itu untuk bentuk rasmi ditangguhkan merupakan jawapan yang paling sesuai.Tatabahasa02.08.2008
minta pengesahan bahasa yang digunakan1. Tukar & kepada DAN
2. Tukar Towing kepada Khidmat Tunda 24 Jam
Lain-lain02.03.2015
Cadangan perkataan KEMBALIK diletakan di dalam kamus dan diberi maksud.. KEMBALIK adalah istilah kepada Towing TruckDalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan kembalik. Kembalik ialah Kenderaan Trak Tunda yang biasanya digunakan oleh Tentera untuk menunda kenderaan tentera yang rosak untuk ditarik balik ke kem atau bengkel. Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan kami kemukakan kepada pihak pengurusan DBP, Terima kasih.Lain-lain01.12.2020
Apakah terjemahan bagi perkataan "car pound" iaitu tempat penyimpanan kereta yang ditunda?Tidak ada padanan car pound dalam sumber rujukan kami. Car pound boleh diterjemahkan kepada tempat simpan kereta tunda.Penyemakan dan penterjemahan22.08.2016
Salam sejahtera. Apakah penggunaan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi "road train"? Kenderaan ini merupakan sejenis kenderaan seperti trak besar yang boleh menarik beberapa buah treler di belakangnya, seperti kereta api. Terima kasih.

Perkataan road train memang tidak terdapat dalam data DBP. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai tren tunda.

Istilah01.07.2015

Kembali ke atas