Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.ga/] | توڠݢق

Definisi : 1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.ga/] | توڠݢق

Definisi : sisa batang kayu yg tinggal setelah pokok ditebang; tunggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tung.ga/] | توڠݢق

Definisi : ; menunggak 1 belum membayar hutang, ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba me­nyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggak (kata nama)
Bersinonim dengan tunggul, asas, dasar, teras, tunjang, lunas, tonggak, sendi, pegangan, sandaran, landasan, prinsip, rukun, tiang;,
Kata Terbitan : menunggak, tunggakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Pamor Tunggak SemiPamor Tunggak SemiKerisTiadaPamor yang mempunyai corak yang berbentuk tiga keratan pohon yang ditebang dan diikuti jaluran memanjang seolah-olah pohon yang tumbuh kembali.
balloon paymentbayaran tunggak akhirPentadbiranTiadaBayaran terakhir yang besar bagi melangsaikan pinjaman
overdue accounthutang tunggakPentadbiranTiadaLihat: bad debt.
volcanic spinespina volkano; tunggak gunung berapiGeografiTiadaTiada
volcanic spinespina volkano; tunggak gunung berapiGeologiTiadaJisim batuan igneus yang memejal di dalam lohong volkano.
balloon mortgagegadai janji tunggak akhirPentadbiranTiadaGadai janji yang memerlukan bayaran besar pada akhir tempoh kerana bayaran ansuran tidak mencukupi untuk membayar jumlah pinjaman.
mission statementpenyataan misiPentadbiranTiadaTunggak perjuangan yang menjadi pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, hala tuju dan dasar sesebuah organisasi atau kelompok. Misi ini dinyatakan di dalam perlembagaan, kenyataan rasmi, piagam atau slogan dan terdapat juga misi yang tidak dinyatakan secara jelas. Asas perjuangan ini biasanya dinyatakan dengan tujuan yang baik seperti untuk memelihara alam sekitar, menghapus kemiskinan, menyelamatkan nyawa dari bencana alam, menghapuskan jenayah atau rasuah dan meningkatkan ekonomi negara atau komuniti tertentu.
dalangdalangKesenianDrama dan TeaterTokoh yang berperanan sebagai tunggak utama dalam persembahan wayang kulit. Dalang bertindak sebagai tokoh pencerita, penggerak boneka dan pemimpin ensembel muzik kerana dalang memberikan petunjuk kepada pemuzik yang mengiringi persembahannya.
IDN (integrated digital network)IDN (rangkaian digital bersepadu)Teknologi MaklumatTiadaRangkaian telekomunikasi awam digital yang menjadi tunggak kepada rangkaian telefon. Rangkaian ini menyediakan pelbagai perkhidmatan.
public institutioninstitusi awamPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjana perkembangan dan pembangunan negara yang menjadi tunggak kekukuhan kerajaan seperti pendidikan, sosial dan budaya. Institusi awam berperanan menyediakan kemudahan, menjaga hal ehwal kebajikan, membantu kerajaan dalam melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan dan membentuk integriti komuniti. Biasanya sebuah institusi awam akan ditadbir urus oleh lembaga pemegang amanah dengan dibantu oleh pegawai awam yang dilantik oleh pihak kerajaan. Contohnya IPTA, Institut Sosial Negara dan Majlis Belia Negara.

12

Kembali ke atas