Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian batang kayu yg masih tinggal dlm tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yg masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung; menunggak 1. belum membayar hutang (ansuran dll), menanggguhkan pembayaran hutang (ansuran dll): jika sebulan lagi ia ~, keretanya akan ditarik balik; 2. tidak meng-habiskan pekerjaan (masih ada yg belum dibuat), meninggalkan sedikit pekerjaan: kerja hari ini mesti dihabiskan hari ini juga, jangan dibiarkan ~ hingga esok; tertunggak masih belum dijelaskan, diberes-kan, diselesaikan dsb (bkn bayaran, hutang, pekerjaan dsb): seorang stokis telah gagal menjelaskan hutang ~ hampir RM900 000; beliau berpuas hati dgn kejayaan badan kehakiman dan mahkamah mengurangkan sejumlah kes ~ dgn berkesan; tunggakan 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sisa batang kayu yg tinggal setelah pokok ditebang; tunggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; menunggak 1 belum membayar hutang, ansuran dll. 2 tidak menyudahkan pekerjaan; masih ada pekerjaan yg belum siap. tertunggak masih belum dijelaskan, dilunaskan, dibereskan dsb (bkn bayaran, hutang, tugas dsb): Bayaran pinjamannya masih banyak yg ~. Pihaknya cuba me­nyelesaikan kes yg ~ sejak beberapa tahun kebelakangan ini. tunggakan 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggak (kata nama)
Bersinonim dengan tunggul, asas, dasar, teras, tunjang, lunas, tonggak, sendi, pegangan, sandaran, landasan, prinsip, rukun, tiang;,
Kata Terbitan : menunggak, tunggakan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tunggak NegaraAbdul Hadi YusufUtusan Zaman29.08.1993
PPJ tunggak perkembangan sastera JohorHanis H. IMingguan Wanita25.11.1983
Sistem melantik tunggak negeri di Negeri Sembilan mengikut adatperpatihRahman RahimBerita Harian19.07.1976
Dasar budaya kebangsaan "tunggak negara" - NajibTiadaUtusan Melayu10.04.1985
Wawasan 2020 jadi tunggak dasar ekonomi negaraAbdullah HamidUtusan Malaysia31.12.1991
Bahasa Melayu tetap menjadi tunggak negaraTiadaWatan11.01.1994
Bahasa Melayu tetap menjadi tunggak NegaraTiadaWatan11.01.1993

Kembali ke atas