Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Bermaksud :

Malang yang bertimpa-timpa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ibu TunggalMuhammad Zahidi Mat AliDewan Sastera1 January 2007
Ayat tunggal dan ayat majmukRohman ShaaryPelita Bahasa1 October 1999
Lelaki Tunggal dan Unggas PutihSaadiah Haji IbrahimDewan Sastera1 October 2005
Anak Tunggal Beradu UntungShafikah EffendeDewan Sastra15 February 1973
Pasaran tunggal Eropah: ke arah sebuah kerajaan Eropah?Chamil WariyaDewan Siswa1 August 1989
Pronomina persona tunggal atau ganti nama diri pertamaIbrahim Ahmad, Dr.,Dewan Siswa1 February 2007
Aku, Anak TunggalMuhammad Azizan MahatDewan Pelajar1 June 1981
Aku, Anak TunggalFatimah MustaffaDewan Pelajar1 June 1981
Membela Ibu TunggalAbd. Rahim Abd. RashidDewan Budaya1 November 2000
Dilema ibu tunggal harungi ranjau kehidupanSabri Haji Mohamad SharifDewan Budaya1 March 1997
1234

Kembali ke atas