Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Bermaksud :

Malang yang bertimpa-timpa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara kata tunggal dan bentuk kata tunggal?Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat atau buku*. Tatabahasa17.02.2023
. Menurut Tatabahasa Dewan cetakan 2003 terdapat 80 kata kerja tunggal. saya ingin mendapatkan senarai kata kerja tunggal tersebut.

Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata.   Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori;

     (i)  Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya

    (ii)  Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil,

    (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat

    (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya,  bijaksana, muzakarah

Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2008).

 

Tatabahasa21.05.2009
binaan ayat tunggal?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420.Tatabahasa12.02.2007
Bagaimana hendak menentukan kata kerja itu berbentuk kata kerja tunggal atau tidak? Mengapakah kata kerja 'duduk' itu dianggap kata kerja tunggal tetapi tidak dengan 'berdiri'? Terima kasih.

Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata.   Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori;

     (i)  Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya

    (ii)  Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil,

    (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat

    (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya,  bijaksana, muzakarah

Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga.

Tatabahasa23.10.2013
konsep ayat tunggal dan ayat majmuk? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel? contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalam novel guna teori x-berpalang? contoh ayat selapis dalam teks klasik guna teori x-berpalang?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. Sila rujuk novel untuk mencari contoh ayat-ayat yang berkaitan dan rujuk juga buku Tatabahasa Dewan, Bab 19 untuk mendapatkan maklumat lanjut teori x-berpalang.

Tatabahasa26.05.2010
PENERANGAN MENGENAI KATA NAMA TUNGGAL, KATA KERJA TUNGGAL, PENUTUR MELAYU SERTA SEJARAH DAN STRUKTUR BAHASA MALAYSIAPerkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal, sama ada kata nama seperti cat atau kata kerja seperti lap. Ungkapan yang betul ialah penutur bahasa Melayu iaitu orang yang menuturkan atau menggunakan bahasa Melayu sebagai kelaziman. Untuk maklumat tentang sejarah dan struktur bahasa Malaysia sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih.Makna05.11.2008
Adakah perkataan rekreasi boleh dimasukkan dalam golongan kata nama tunggalKata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contohnya tudung, wanita, bumi dan lain-lain. Oleh itu, perkataan rekreasi adalah tergolong dalam kata nama tunggal.Tatabahasa01.04.2010
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.

1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 
2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 
3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 
4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 
5. Jelas,  kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 
6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan  imbuhan akhiran kata kerja *-kan*.

Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan  kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya.
Tatabahasa16.01.2018
Adakah kata nama khas seperti Praklong merupakan kata tunggal? sekiranya ya, adakah itu bermaksud Puteri Onang Minang Hang turut diterima sebagai kata tunggal dengan 8 suku kata?? Adakah puteri termasuk dalam kata nama khas tersebut? atau "puteri onang minang hang" terdiri daripada dua kata nama khas? Bagi kata tunggal yang terdiri daripada kata nama khas, adakah terdapat had suku kata?Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Berdasarkan huraian tersebut kata praklong jelas tidak menerima sebarang imbuhan dan boleh dikategorikan sebagai kata tunggal, manakala nama Puteri Onang Minang Hang tidak termasuk dalam kategori kata tunggal kerana menerima kata dasar yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 47.Tatabahasa10.03.2013
Apakah maksud simpulan bahasa durian tunggalTidak ada simpulan bahasa durian tunggal.  Yang ada, "Dapat durian runtuh".  Durian tunggal ialah nama sebuah tempat di Melaka.Makna18.07.2016
12345678910...

Kembali ke atas