Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Bermaksud :

Malang yang bertimpa-timpa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
cara ini akan melanjutkan permintaan terhadap atur cara atau proses lain seperti yang diminta. Daemon ialah istilah dalam UNIX walaupun sistem pengendali lain juga menyediakan sokongan seperti ini. daftar diri tunggal (SSO) (Ig. single sign on (SSO); Br. daftar diri tunggal (SSO); Id. daftar diri sekali) Pengesahan pengguna yang digunakan dalam beberapa sistem pelayan pelanggan. Pengguna hanya perlu membekalkan ID dan kata laluan sekali sahaja untuk mencapai beberapa aplikasi berlainan dalam

Kembali ke atas