Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Bermaksud :

Malang yang bertimpa-timpa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau turus bejana fermentasi untuk menghasilkan peredaran secara menegak. Fermentasi jenis ini tidak melibatkan penggunaan pengadukan mekanik dan amat sesuai untuk penghasilan sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan dan protein sel tunggal. (BIO) air wedge (baji udara) Susunan yang menghasilkan corak interferens akibat pantulan di sisi saput udara yang berbentuk baji. (FIZ) air-acetylene flame (nyala udara-asetilena) Nyala bersuhu tinggi yang bagi unsur dalam sistem komputer. 2. Titik masuk ganti dalam atur cara, iaitu tempat kerja boleh bermula. (KOM) alicyclic (alisiklik) Berkaitan dengan sebatian organik yang atom karbonnya terikat dengan ikatan tunggal atau ikatan ganda dua, dan tersusun dalam bentuk gelang. (KIM) alifer (alifer) Fulkrum pleuron pada sayap. (BIO) aliform (aliform) 1. Bak sayap. 2. Berkaitan dengan otot serangga. (BIO) alimentation (alimentasi

Kembali ke atas