Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1. tidak ada yg lain lagi, itulah sahaja, satu-satunya: bahasa Melayu sanggup dan mampu mengambil peranan sbg Bahasa Kebangsaan yg ~ pd tahun 1967; berdiri berkaki ~ = berdiri dgn kaki ~ sl berdiri dgn kaki sebelah; anak ~ anak yg seorang sahaja (tidak beradik berkakak); ejen ~ = wakil ~ wakil yg hanya satu; 2. Id bukan jamak; kata ~ mufrat; kalimat ~ Id ayat selapis; 3. tidak berbelah bagi (perasaan, fikiran), dgn sepenuh-penuhnya, bulat-bulat; dgn ~ hati dgn sepenuh hati; setunggal ark tidak berbeza, sama..., se...; ~ darah sama darahnya, seketurunan, sebaka; ~ darjat sama darjat (taraf); menunggalkan 1. menjadikan tunggal (tidak ada dua tiganya): rayuan mereka itu berlawanan dgn perjuangan hendak ~ bahasa kebangsaan; 2. membulatkan (me-musatkan) jadi satu, menyatukan; ~ diri menyatukan diri; ~ fikiran memusatkan (membulatkan, menumpukan) fikiran; ketunggalan 1. perihal tunggal, keesaan; 2. kebulatan (fikiran dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gal] | توڠݢل

Definisi : 1 tidak ada yg lain lagi; hanya satu: anak ~ anak yg seorang saja; wakil ~ wakil yg hanya satu. 2 tidak berbelah bagi; dgn sepenuh-penuhnya (ttg perasaan, fikiran dll): dgn ~ hati dgn sepenuh hati. menunggalkan 1 menjadikan satu. 2 membulatkan menjadi satu: ~ fikiran membulatkan atau memusatkan fikiran. ketunggalan 1 keadaan tunggal; keesaan. 2 kebulatan fikiran dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Malang tiada datang tunggal.

Bermaksud :

Malang yang bertimpa-timpa.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
SISD (single instruction single data)SISD (suruhan tunggal data tunggal)Teknologi MaklumatTiadaSeni bina komputer yang terdiri daripada satu pemproses yang melaksanakan satu aliran suruhan, satu aliran data dan melaksanakan suruhan secara berjujukan.
nuclease S1nuklease S1BioteknologiTiadaNuklease khusus yang menguraikan asid nukleik bebenang tunggal atau DNA bebenang tunggal yang pendek, tetapi tidak menguraikan struktur bebenang ganda dua. Nuklease khusus ini digunakan dalam manipulasi gen untuk menukar hujung lekit DNA dupleks dan membentuk hujung tumpul atau menggunting hujung bebenang tunggal selepas pertukaran kepada DNA bebenang tunggal. Nuklease ini juga digunakan untuk mengurai DNA dupleks pada jujukan yang kaya dengan A-T selepas nyahasli separa terma.
resultant of forcespaduan daya-dayaFizikMekanikGabungan daya tunggal dan gandingan tunggal untuk menghasilkan kesan yang setara dengan kesan beberapa daya yang bertindak ke atas jasad tegar.
single-precisionkepersisan tunggalTeknologi MaklumatPerisianFormat pernomboran dalam komputer yang memenuhi satu lokasi storan dalam ingatan komputer pada alamat yang diberikan. Nombor kepersisan tunggal juga dikenali sebagai single yang boleh ditakrifkan sebagai integer, titik tetap atau titik terapung. Komputer yang mempunyai kepersisan tunggal (32-bit) menyediakan kepersisan berganda 64-bit. Nilai terapung kepersisan tunggal merupakan piawaian IEEE 754 yang menggunakan 4 bait (32 bit). Contoh nombor kepersisan tunggal adalah seperti yang berikut: 3f80 0000 = 1 c000 0000 = -2 7f7f ffff ~ 3.4028234 x 1038 3eaa aaab ~ 1/3
monoclinic systemsistem monoklinikGeologiTiadaSatu daripada enam sistem hablur yang dicirikan oleh paksi simetri dua lipatan tunggal atau satah simetri tunggal.
single-stranded DNA binding proteinprotein pengikat DNA bebenang-tunggalBiologiGenetikProtein tetramer dalam e. coli berat molekul 74 Kd yang mengikat kepada DNA bebenang tunggal dan terjana apabila helikase membuka heliks ganda-dua, menstabilkan molekul bebenang-tunggal dan menghalang penyepuhlidapan atau pembentukan ikatan hidrogen intrabebenang.
single bondikatan tunggalKimiaTiadaIkatan kovalen yang terbentuk di antara dua atom hasil daripada perkongsian sepasang elektron. Misalnya, atom karbon di dalam sebatian metana, CH4 membentuk ikatan tunggal dengan atom-atom hidrogen. formula H ‌ H – C – H ‌ H ikatan tunggal (rujuk mss. 71)
station-year methodkaedah stesen-tahunHidrologiTiadaKaedah yang didasarkan kepada gabungan rekod dari beberapa stesen bebas dan rekod ini dianggapkan sebagai satu rekod tunggal. Panjang rekod tunggal ini adalah sama dengan hasil tambah setiap rekod individu stesen bebas (digunakan dalam analisis kekerapan).
single trackrunut tunggalPendidikanTiadaRunut tunggal: Runut yang digunakan pada audio, video dan isyarat, atau dirakam pada pita rakaman yang sedang bergerak.
الافرادriwayat tunggalAgama IslamHadithḤadīth yang terdapat bentuk tunggal di dalam sanad.
12345678910...

Kembali ke atas