Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, ter­tonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) ber­lari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menung­gitkan supaya tumpah, menuangkan, menum­pahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan berse­tung­gang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang
Kata Terbitan : menunggangkan, mempertunggangkan, tertunggang,

Puisi
 

Sayang Tunggang jauh ke hulu,
     Gunung Gading nampak melintang;
Hatiku bimbang dari dahulu,
     Putih kuning di mana menghilang?


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
walkover forwardtunggang langkah depanSukanTiadaPerlakuan seperti tunggang langkah belakang tetapi dilakukan dari arah depan.
collective pitchtunggang-tunggik terhimpunKejuruteraanTiadaTiada
walkover backwardtunggang langkah belakangSukanTiadaLentik ke belakang melalui posisi dirian tangan dengan kaki kangkang jajar sehingga berdiri.
topsy turvytunggang-terbalikPertanianAgroteknologiKaedah penanaman yang menggunakan pasu terbalik yang digantung dari aras tertentu. Jenis tanaman yang biasa menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Kaedah penanaman ini melibatkan penggunaan kawasan yang terhad, dan tanaman yang ditanam lebih bertujuan sebagai hiasan selain dapat memetik buah yang segar.
equestrianpenunggang kuda; tunggang kudaPendidikanTiadaTiada
ride the steertunggang lembu liarPendidikanTiadaTiada
flip buckettimba tunggangKejuruteraanTiadaTiada
striding compasskompas tunggangGeografiTiadaTiada
rider plateplat tunggangKejuruteraanTiadaPlat lapis selanjar yang dipasang di atas atau di bawah galang.
jockey pulleykapi tunggangMekanikGunaanLihat kapi melahu.
12

Kembali ke atas