Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gang.lang.gang] | توڠݢڠ-لڠݢڠ

Definisi : berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gang.lang.gang] | توڠݢڠ-لڠݢڠ

Definisi : a) ber­lari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gang.lang.gang] | توڠݢڠ-لڠݢڠ

Definisi : ; ®tunggang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gang.lang.gang] | توڠݢڠ-لڠݢڠ

Definisi : 1 pontang-pan­ting atau lintang-pukang (ber­lari dsb). 2 = tunggang balik dlm ke­adaan ber­guling-guling. menunggang-lang­gangkan 1 menyebabkan tung­gang-langgang (berlari dsb). 2 menjadikan berguling-guling. 3 membelit-belit­kan sesuatu perjanjian, perkataan dll; memutarbelitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tunggang-langgang

Puisi
 

Sirih tidak pinang pun tidak,
     Cerana sahaja tunggang-langgang;
Kasih tidak tunang pun tidak,
     Saja dia berulang-ulang.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pejabat itu tunggang langgang setelah digeledah oleh perompak. bolehkah "tunggang langgang" digunakan dalam ayat ini?Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), oleh itu perkataan tunggang-langgang tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa03.03.2014
Ramli dan Aeron lari________ apabila dikejar angsa Pak Dollah. A. tunggang-langgang B. compang-camping C. mundar-mandir D. lintang-pukang *(jawapan yang diberi ialah "D", tetapi adakah "A" boleh diterima juga?)Merujuk Kamus Dewan, tunggang-langgang juga membawa maksud lintang-pukang dan lintang-pukang juga ada membawa maksud tunggang-langgang. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 
Tatabahasa19.05.2013
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
Betul tak ayat berikut: Perabot dan kerusi meja di dalam bilik rehat ayah tunggang-langgang disebabkan oleh perompak malam tadi.Ayat ini lebih tepat: 
Perabot dan kerusi meja di dalam bilik rehat ayah tunggang-langgang kerana perompak malam tadi.
Tatabahasa13.08.2020
Jawapan yang manakah tepat? 1) Cikgu Halim terperanjat apabila melihat keadaan makmal komputer yang ______________ (a)haru-biru (b)remuk-redam (c)tunggang-langgangJawapan yang sesuai ialah tunggang-langgangTatabahasa07.12.2015
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih

1. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan.

Tatabahasa03.08.2010
Pejabat itu______setelah digeledah oleh perompak malam tadi. A. Haru-biru B. Hiruk-pikuk C. Tunggang-langgang D. Punah-ranah Apakah jawapan bagi soalan ini? Tolong berikan penjelasan. Terima kasihJawapan yang tepat ialah punah-ranah. Punah ranah bermaksud habis rosak sama sekali.Tatabahasa20.12.2013
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian?i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian.Tatabahasa26.03.2008
Keadaan rumah itu lintang-pukang apabila penyewanya berpindah. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQLintang pukang lebih sesuai dalam konteks berlari, iaitu keadaan tunggang-langgang. Bagi menunjukkan keadaan di rumah, adalah tidak sesuai.Tatabahasa16.02.2012
12

Kembali ke atas