Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : ; burung ~ taman sj burung, Terpsiphone incii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : Mn; menunggu 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : ; bertunggu sedang menjaga; berjaga; berkawal. menunggu 1 men­jaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. menunggu-nunggu sentiasa menunggu; lama menunggu: Ia masih ~ kepulangan suaminya. menunggukan 1 menjaga atau mengawal sesuatu utk orang lain. 2 menunggu sesuatu yg akan terjadi; menantikan sesuatu. tertunggu-tung­gu dlm keadaan me­nunggu-nunggu. penungguan perbuatan atau hal me­nunggu; penantian. penunggu 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
mandi behias[mAn.di b«.hi.jAs]kata kerjamandi dengan memakai pakaian putih menggunakan air yang telah dijampi sebelum bernikah, biasanya dilakukan pada waktu petang di pelantar rumah (berkenaan pengantin perempuan).Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni.[bi.l« mA/ An.dAm nA/ dA.tAN mAn.di b«.hi.jAs A.nA/ ki.t« dAh tuN.gu ni]Bile mak andam nak datang mandi behias, anak kite dah tunggu ni.

Kembali ke atas