Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : ; burung ~ taman sj burung, Terpsiphone incii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : Mn; menunggu 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gu] | توڠݢو

Definisi : ; bertunggu sedang menjaga; berjaga; berkawal. menunggu 1 men­jaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. menunggu-nunggu sentiasa menunggu; lama menunggu: Ia masih ~ kepulangan suaminya. menunggukan 1 menjaga atau mengawal sesuatu utk orang lain. 2 menunggu sesuatu yg akan terjadi; menantikan sesuatu. tertunggu-tung­gu dlm keadaan me­nunggu-nunggu. penungguan perbuatan atau hal me­nunggu; penantian. penunggu 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
waiting gamen; play a ~, main tunggu-tungguKamus Inggeris-Melayu Dewan
stand-by n (approp n +) tunggu sedia; (person) pengganti: I always stock eggs, they are such a good ~, saya selalu menyimpan telur krn telur merupakan makanan tunggu sedia yg bagus; a ~ ticket, tiket tunggu sedia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heaven-sentadj ditunggu-tunggu: a ~ opportunity, peluang yg ditunggu-tunggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand-by on ~, tunggu sedia: we have a special team of police on ~, kami ada pasukan polis khas yg tunggu sedia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wait2. delay (a meal) tunggu: don’t ~ dinner for me, jangan tunggu saya utk makan malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
watch~ out for, a. look out for, tunggu: ~ out for the milkman. I have a message for him, tunggu penjual susu. Saya ada pesanan untuknya; b. see ~ out;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wait~ and see, tunggu dan lihat: he may win the election, we’ll just have to ~ and see, dia mungkin menang dlm pilihan raya itu, kita tunggu dan lihat saja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ on, a. also ~ on a /minute, second/, wait, tunggu (sebentar, sekejap): ~ on, I’ll go and get her, tunggu sebentar, saya akan pergi memanggilnya; b. cling tightly, berpaut: I can’t ~ on much longer, my hands are tired, saya tdk boleh berpaut lebih lama lagi, tangan saya sudah lenguh; c. continue in spite of difficulties, bersabar: we were told to ~ on as help would reach us soon, kami diberitahu supaya bersabar krn pertolongan akan sampai tdk lama lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
waitvi 1. defer action until so. or st comes or happens, menunggu, menanti; (imper) tunggu: don’t ~ if I’m late, jangan tunggu kalau saya lambat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
awaitedadj ditunggu-tunggu, dinanti-nanti: his long- ~ reply, jawapannya yg telah lama dinanti-nanti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas