Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.gul] | توڠݢول

Definisi : 1. pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah (setelah ditebang): ia duduk di atas sebuah ~ kayu; ~ punggur pangkal batang kayu yg sudah mati; 2. batang padi (lalang dll) yg tertinggal setelah dituai atau disabit: ~ padi; 3. pancang, tongkat (utk menambatkan perahu dll); ~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakai­an yg elok; ~ terbakar di tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam; berunding dgn ~ prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan); bertunggul ada tunggulnya; ~ pemarasan prb pekerjaan yg tidak sempurna; penunggul kayu yg agak berat tempat menambatkan kerbau dll (supaya jangan pergi jauh); ~ gobek kayu utk mengeluarkan sirih dlm gobek; kayu ~ tonggak pd empang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gul] | توڠݢول

Definisi : sl bendera, panji-panji: maka Laksamana pun berdirilah di bawah ~ itu; ~ panji-panji bendera dan panji-panji; ~ putih bendera putih (tanda menyerah kalah); ~ merual bermacam-macam jenis bendera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gul] | توڠݢول

Definisi : ; penunggul pemberian (pembayaran) yg dibuat kerana kalah dlm pepe­rangan, pemberian sbg tanda sudah ditakluki; memberi ~ = menunggul, menunggulkan memberi (membayar) sesuatu setelah dikalahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.gul] | توڠݢول

Definisi : 1 pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang: ~-~ kayu itu habis disungkur dgn traktor. 2 batang padi, lalang dll yg tertinggal setelah padi dituai, lalang disabit dsb. 3 pancang atau tonggak utk menambat perahu dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggul (kata nama)
1. Bersinonim dengan tunggak: pangkal pokok

2. Bersinonim dengan penunggu: pancang, tunggak.,


Puisi
 

Ambil parang galikan tunggul,
     Tunggul ada berikat tali;
Matahari masuk bulan pun timbul,
     Cahaya bintang tak guna lagi.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tunggul kayu kalau ditarah pelicin,
     diikut juga,
jangankan manusia.

Bermaksud :

Pengajaran yang baik lambat-laun dapat juga memperbaiki orang.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stumptunggulPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian bawah batang pokok, termasuk bahagian akarnya yang masih tertinggal selepas proses penebangan. Tinggi tunggul adalah berbeza-beza mengikut keadaan akar jenis kayu berkenaan. Misalnya, kayu berbanir mempunyai tunggul yang lebih tinggi daripada kayu tidak berbanir.
crop stubbletunggul tanamanPertanianAgronomi

 Bahagian tanaman yang ditinggalkan di ladang setelah tanaman itu dituai sama ada dengan mesin penuai atau secara manual. Tunggul tanaman mesti dilupuskan sebelum tanah dapat diusahakan dengan tanaman seterusnya. Untuk tanaman padi di Malaysia, tunggul tanaman bersama dengan jerami padi dibakar sebelum tanah itu disediakan untuk proses penanaman padi seterusnya.

Budded stumpTunggul cantumanPertanianAgronomi

Bahan tanaman yang dihasilkan setelah membuat cantuman mata tunas kepada pokok penanti. Jika cantuman itu berjaya, semua cabang pokok penanti atas daripada tapak cantuman akan dicantas. Kemudian pokok ini digali dan cabang-cabang akarnya dicantas. Tunggul yang mengandungi mata tunas yang baru dicantum ini boleh ditanam terus di ladang.

stubbletunggulGeografiTiadaTiada
stubtunggul; puntungPerhutananTiadaTiada
stubtunggul; puntungKejuruteraanTiadaTiada
rock pedestaltunggul batuanGeografiTiadaJisim batuan yang tertenggek di atas sebuah tonggak tanah.
stackbatu tunggulGeografiTiadaTiada
sea stacktunggul lautGeografiTiadaTiada
sea stacktunggul lautGeologiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas