Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.jang] | تونجڠ

Definisi : ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.jang] | تونجڠ

Definisi : Mn bahagian badan dr lutut hingga ke tapak kaki; ~-tonjet terlompat-lompat ke sana ke mari; panjang ~ panjang kaki; tuak terbeli, ~ hilang prb mendapat kecelakaan (kekecewaan); menunjang ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.jang] | تونجڠ

Definisi : sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. pe­nunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang celaka Raja Genggang,
     tuak terbeli tunjang hilang.

Bermaksud :

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sheet-anchorn 1. (naut) sauh simpanan; 2. (fig.) tunjang: she looked on her husband as her ~, always there to support her in times of trouble, dia menganggap suaminya sbg tunjang, yg sentiasa menyokongnya semasa dlm kesusahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tap-rootn akar tunjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spinal cord n korda spina, saraf tunjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pivotn 1. fixed central shaft or pin on which st turns, pangsi: the arms of the balance swing around one ~, lengan penimbang itu berayun pd satu pangsi; 2. (fig.) a. most important figure, organization, tunjang: the mother is often the ~ of family life, ibu sering menjadi tunjang keluarga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crutchn 1. staff with underarm support, topang ketiak: a pair of ~es, sepasang topang ketiak; 2. so. or st a. (that helps) membantu: these notes are a ~ to the memory, nota-nota ini membantu ingatan; b. (that supports, props) tunjang: free enterprise, the ~ of capitalism, perusahaan bebas, tunjang kapitalisme; 3. see CROTCH (senses 1. & 2.).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cordn 1. thick twisted string or rope, tali pintal; 2. wire with protective covering, kord; 3. (anat), [various translations]: the vocal ~s, peti suara; the spinal ~, saraf tunjang; umbilical ~, tali pusat; 4. a. (colloq) corduroy, (kain) korduroi; b. (in pl) corduroy trousers, seluar korduroi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
associationn 1. society, league, etc, persatuan: Parent-Teacher A~, Persatuan Ibu Bapa dan Guru; the Football A~ of Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia; 2. act of associating, state of being associated, a. (between persons) perhubungan: her parents disapproved of the ~ between them, ibu bapanya tdk bersetuju dgn perhubungan mereka; throughout his long ~ with the firm..., sepanjang perhubungannya dgn firma itu...; b. (between things), (per)kaitan, hubungan: the diagram illustrates the ~ between the brain and the spinal cord, gambar rajah itu menunjukkan perkaitan antara otak dgn saraf tunjang; 3. friendship, companionship, perhubungan: our ~ did not last long, perhubungan kami tdk kekal lama; 4. mental connection, perkaitan: the ~ of ideas, perkaitan idea-idea; Malacca is full of historic ~s, negeri Melaka penuh dgn perkaitan sejarah; 5. (psychol) perkaitan; 6. (chem) penyekutuan: ~ reaction, tindak balas penyekutuan; ~ theory, teori penyekutuan; 7. (ecol) sekutuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas