Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tun] | تونتون

Definisi : Jw; bertuntun ditarik (pd tangan) ketika berjalan, berpimpin: berjalan ~; menuntun 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret; tuntunan 1. perihal menuntun, bimbingan, pimpinan; 2. ki ajaran, petunjuk, tunjuk ajar: guru saya banyak memberikan ~ kpd saya; penuntun orang yg menuntun, pembimbing, pemimpin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tun] | تونتون

Definisi : Mn tutup muka atau mata; bertuntun bertutup muka atau mata; membeli kerbau ~ prb a) membeli sesuatu dgn tidak melihat dahulu; b) berkahwin dgn gadis yg belum dikenali; menuntun menutup muka atau mata dgn sapu tangan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tun] | تونتون

Definisi : ; bertuntun dipegang tangannya ketika berjalan; berpimpin. menuntun 1 memegang tangan seseorang utk menolongnya berjalan; memimpin. 2 mengheret basikal, kerbau dll; meng­hela. tuntunan 1 hasil perbuatan me­nuntun; pimpinan; helaan. 2 ki ajaran; bimbingan. penuntun orang yg me­nuntun; pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuntun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perlu membuat papan tanda untuk orang awam turun dari basikal dan menolaknya di kawasan sempit. adakah "Turun dan tolak basikal di laluan sempit" sesuai digunakan?Kami mencadangkan frasa "TUNTUN BASIKAL ANDA DI KAKI LIMA" atau "TUNTUN BASIKAL ANDA DI LALUAN TEPI JALAN" digunakan.Tatabahasa31.05.2016

Kembali ke atas