Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai] | توڤاي

Definisi : sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit, Aneilema nudiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : beberapa jenis binatang pe­nge­­rip atau pengunggis yg pandai melompat, Tupaia (Sciurus) spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama dalam bahasa Melayu untuk kelompok tupai spesies "Ratufa indica" dan "Ratufa macroura". Adakah masing-masing sesuai dikenali sebagai "tupai kerawak india" dan "tupai kerawak beruban".Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok tupai belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi kedua-dua istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain26.01.2024
Apakah perbezaan antara 'kekisi dan tetupai? Tolong berikan contoh ayat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kekisi" bermaksud 1. jeruji, terli, kisi-kisi 2. (kim) susunan atom, ion atau molekul dalam tiga dimensi yang tetap, seperti yang terdapat dalam hablur. Sementara "tetupai" pula bermaksud "tupai-tupai" iaitu kepingan kayu, logam dan lain-lain  untuk menyokong, menyambung atau mengukuhkan sambungan, biasanya digunakan dalam pembinaan rumah dll.Makna05.08.2014
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupaiJawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para.Tatabahasa03.11.2014
1.Si tupai tinggal pada sebatang pokok di dalam sebuah hutan. 2. Si tupai tinggal di sebatang pokok di dalam sebuah hutan. Soalan saya,ayat yang manakah adalah betul? adakah perkataan 'tupai' di atas perlu menggunakan huruf 'T' yang besar? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah: Si tupai tinggal di sebatang pokok dalam hutan. Perkataan 'tupai' merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil sahaja.Tatabahasa26.05.2010
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat.Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. Makna25.02.2010
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Salam. Saya seorang guru dari Sekolah Rendah Beacon di Singapura. Saya telah menggunakan 4 tajuk daripada Siri Sastera Melayu Kanak-kanak iaitu 1) Bercuti Bersama Nenek 2) Sepandai-pandai tupai melompat 3) Kanak-kanak Kampunhg Bahagia untuk program apresiasi sastera untuk murid-murid darjah 3 dan 4. Sekolah kami telah menjalankan program ini selama lima tahun . Setiap murid membeli buku-buku ini. Namun, tahun ini kami dapati kesemua tajuk tidak akan dicetakkan lagi. Kami berdukacita dengan kedudukan ini kerana kurikulum telah pun ditentukan untuk murid-murid kami dan nampaknya program berdasarkan buku-buku ini sangat memuaskan. Kami tidak mahu memadamkan program ini dan pasti memerlukan masa untuk mengubah program berdasarkan buku-buku lain. Jadi, adakah pihak Dewan Bahasa akan hentikan cetakan buku-buku ini? Bolehkah, pihak sekolah mencetak buku-buku ini sendiri untuk digunakan oleh pelajar sebagai bahan rujukan dan pembelaran hanya di sekolah? Sila hubungi saya secepat mungkin. Yang benar, Wan Alfida Suleiman Ketua Subjek, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Beacon Singapura.Waalaikumsalam,
Untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara ini, mohon tuan hubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sekolah di talian 03-21479550.
Lain-lain29.10.2014
jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal?betul.

Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:
i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai)
ii. Ter- + kata adjektif (terpandai)
iii. Paling + kata adjektif (paling pandai)
iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik)
v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali)
Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260.
Tatabahasa03.09.2012
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih...Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:
i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai)
ii. Ter- + kata adjektif (terpandai)
iii. Paling + kata adjektif (paling pandai)
iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik)
v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali)
Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260.
Tatabahasa06.03.2012
12

Kembali ke atas