Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai] | توڤاي

Definisi : sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit, Aneilema nudiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : beberapa jenis binatang pe­nge­­rip atau pengunggis yg pandai melompat, Tupaia (Sciurus) spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pelbagai etiologi, yang mengehadkan perge- rakan bahu. Pergerakan yang terhad ini akan menimbulkan kesakitan. Sinonim adhesive capsilitis. (UBAT) frugivore (frugivor) Haiwan yang makanan utamanya terdiri daripada biji atau buah, contohnya, tupai. Haiwan jenis ini penting dalam penyebaran spesies tumbuhan kerana haiwan tersebut boleh menyebarkan buah atau biji benih jauh dari pokok in- duk. (BIO) fruit body (jasad buah) Struktur khusus yang disebabkan kehabisan rizab minyak. (KEJ) rodent (rodensia) Lihat Rodentia. (BIO) Rodentia (Rodentia) Order terbesar bagi mamalia yang berplasenta. Mamalia ini tersebar luas dan umumnya dikenali sebagai rodensia. Antaranya termasuklah hamster, tupai dan landak. Antara ciri haiwan daripada order ini termasuklah mempunyai sepasang gigi kacip yang berbentuk kapak pada setiap rahang, tidak mempu- nyai gigi taring dan sama ada herbivor atau omnivor

Kembali ke atas