Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai.tu.pai] | توڤاي٢

Definisi : keratan kayu yg dilekapkan (dipakukan) pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai.tu.pai] | توڤاي٢

Definisi : keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai-tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tupai tataguntupai tatagunKesenianTiadaMotif ukiran berunsur makhluk berbentuk tupai yang sedang terpegun, lazimnya diukir pada tebar layar pada rumah.
common red-bellied squirrel (Callosciurus notatus)tupai pinang/tupai merah (Callosciurus notatus)PertanianTiadaTiada
squirrel cage rotorpemutar sangkar tupaiTeknikElektrikPemutar berbentuk silinder yang digunakan dalam motor aruhan. Pemutar ini dibina daripada palang kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras pemutar bagi membentuk sangkar tupai. Hujung di kedua-dua belah palang ini disambung bersama menggunakan pateri pada gelang hujung.
squirrel cage motormotor sangkar tupaiKejuruteraanTiadaTiada
squirrel-cage motormotor sangkar tupaiKejuruteraanTiadaTiada
bar windingbelitan palangTeknikElektrikBelitan pengalir bersaiz besar, menyerupai batang pengalir kuprum, bagi menggantikan dawai kuprum biasa. Belitan palang digunakan untuk membawa arus yang besar, dan dengan itu hanya digunakan pada motor besar atau sebagai sangkar tupai pada pemutar motor aruhan sangkar tupai.
scansorialskansorialBiologiEkologiBerkaitan dengan organisma yang hidup dengan cara memanjat, misalnya tupai dan monyet.
frugivorefrugivorBiologiEkologiHaiwan yang makanan utamanya terdiri daripada biji atau buah, misalnya tupai. Haiwan jenis ini penting dalam penyebaran spesies tumbuhan, kerana haiwan tersebut boleh menyebarkan buah atau biji benih jauh dari pokok induk.
binabo sopuan(Rgs.)binabo sopuan (Rgs.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur haiwan berbentuk kulit belakang tupai.
induction motormotor aruhanTeknikElektrikMotor arus ulang-alik yang berputar berdasarkan prinsip aruhan. Motor ini mempunyai dua bahagian utama, iaitu pemegun dan pemutar. Pemegun motor ini sama seperti motor segerak atau pengulang-alik. Ada dua jenis pemutar bagi motor ini, iaitu pemutar sangkar tupai untuk motor aruhan sangkar tupai, dan pemutar belitan fasa untuk motor tolakan dan motor segerak.
12

Kembali ke atas