Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Kaki naik,
     kepala turun.

Bermaksud :

Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Buah durian jatuh pada waktu malam. munsyi, adakah jatuh salah dalam ayat ini memandangkan jatuh bermaksud 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jatuh bermaksud turun ke bawah dengan cepat (berkenaan buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh. Gugur bermaksud jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb. jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb; luruh. Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-­buahan). Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan 'jatuh' tidak salah.  Walau bagaimanapun, 'jatuh' dan 'gugur' tidak merujuk kepada buah yang telah masak, sementara 'luruh' merujuk kepada buah yang sudah masak.Makna07.02.2012
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak.

Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian.

 TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih.

sebagai akibat hujan lebat -  seharusnya ditulis akibat hujan lebat.

memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan.

amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya

menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak.

Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh.

 

Tatabahasa10.07.2009
Perkataan mendakan atau mendapan yang mana lebih sesuai untuk ayat ini "Mendapan/mendakan yang berwarna kuning terdapat di dalam saluran vesel kayu geronggang". Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, istilah mendapan dan mendakan mempunyai persamaan iaitu sesuatu yang turun ke bawah dan berlonggok di dasar (berkaitan lumpur, pasir dan lain-lain). Cuma ciri mendakan yang dinyatakan, iaitu pepejal yang tidak larut yang terhasil dalam sesuatu tindak balas kimia (yang berlangsung dalam larutan) tidak dinyatakan dalam entri mendapan. Kami mencadangkan perkataan mendapan kerana dalam pangkalan data DBP perkataan mendapan digunakan secara meluas dalam istilah perhutanan, geografi dan pertanian berbanding perkataan mendakan yang lebih meluas dalam istilah kejuruteraan.

 

Istilah01.12.2014
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. 
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
SETIAP PETANG PARA PEMAIN AKAN TURUN BERMAIN BOLA SEPAK DI PADANG,ADAKAH AYAT INI BETUL?

Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: Setiap petang para pemain akan bermain bola sepak di padang.

Nota: turun merupakan kata kerja yang menunjukkan dari tempat yang lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah atau dari atas ke bawah, seperti turun tangga.

Tatabahasa28.05.2009
Salam sejahtera, kata 'dari' hanya digunakan untuk tempat, masa dan arah. Namun, adakah anggota badan dikira sebagai 'tempat? Contohnya, dari atau daripada mata jatuh ke hati? Tangan di atas lebih baik dari atau daripada tangan di bawah? Bagaimana pula dengan badan organisasi? Adakah ia dikira tempat atau sebagainya? Contoh, 'ucapan khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia' atau 'ucapan khas daripada Universiti Kebangsaan Malaysia'? Mohon pencerahan, terima kasih.Penggunaan yang betul ialah (1) dari mata turun ke hati. (2) Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. (3) Ucapan khas daripada wakil Universiti Kebangsaan Malaysia.Tatabahasa13.11.2018
Assalamualaikum. Saya tak dapat muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dari sini... http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=39&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID&Page=1&PHPSESSID=6f21ffb331791cbf68532cc3c9271241 Mohon bantuan. Terima kasih.Terima kasih kerana memanfaatkan bahan yang disediakan oleh DBP. Buat pengetahuan tuan, fail yang disediakan ini dalam bentuk PDF. Jika tuan letakkan ikon tetikus pada bahagian bawah skrin PDF tersebut pasti ada ikon untuk besarkan skrin, kecilkan skrin, simpan dan cetak. Tuan boleh manfaatkan ikon simpan dan cetak. Harap maklum.Lain-lain05.01.2014
adakah ayat di bawah betul? 'amir tidak hadir ke sekolah sebab demam' bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan kata sebab dan kerana dalam ayat.. terima kasih

Penggunaan kata "sebab" dan "kerana"  umumnya kita temukan dalam ayat-ayat seperti yang berikut: 

1) Amir tidak hadir ke sekolah sebab demam.

2) Amir tidak hadir ke sekolah kerana demam. 

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang betul ialah ayat (2). Mengapa pula ayat (1) dikatakan salah? Untuk menjawab soalan ini, ada beberapa hal yang perlu difahami terlebih dahulu. Yang pertama, kata "sebab" dan "kerana" tidak sama jenisnya. Kata "sebab" ialah kata nama sedang "kerana" ialah kata hubung. Yang kedua, kata "sebab" perlu ditambah dengan "oleh" apabila hendak digunakan sebagai kata hubung. Misalnya; 3. Ibu segera menutup tingkap oleh sebab hujan turun dengan lebatnya.  Sebaliknya, "kerana" tidak memerlukan "oleh" kerana memang sudah sedia sebagai kata hubung.  Walau bagaimanapun, kata "sebab" boleh digunakan dalam ayat tanpa disertai "oleh". Misalnya:

 4.   Apa sebab dia tidak hadir hari ini?

5.   Beri tiga sebab mengapa dadah berbahaya kepada kita.  

Dalam kedua-dua ayat di atas kata "sebab" digunakan sebagai kata nama, bukan sebagai kata hubung.

Tatabahasa28.07.2010
Slm, Minta pihak tuan semak translation ayat di bawah. 1. It's starting to rain. -(Nampaknya hari sudah hujan) 2. A sunshower is a metereological phenomenon in which rain falls while the sun is shining. A sunshower is usually the result of accompanying winds associated with a rainstorm miles away, blowing the airborne raindrops into an area where there are no clouds. Sometimes a sunshower is caused by a single rain cloud that passes overhead at an angle that does not obstruct the light of the sun. (Hujan matahari ialah satu fenomena meteorologi di mana hujan turun ketika matahari bersinar. Hujan matahari biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan.Kadang-kadang hujan matahari disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.) tq1. Nampaknya hari sudah hujan.

2. Hujan panas ialah fenomena meteorologi yang berlaku ketika matahari bersinar. Hujan panas biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan. Adakalanya hujan panas disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.
Penyemakan dan penterjemahan02.09.2015
Di sini kami lampirkan papan iklan (billboard) Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak Tuan/Puan, Untuk makluman Tuan/Puan, kotak visual (office in a Box, Wifi@outlet, BizApp Store & Marketing tools) di bawah Headline adalah nama produk-produk daripada Telekom Malaysia khusus untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di harapkan pihak tuan dapat membalas email ini dengan segera , serta faks kan kelulusan ke 03 2096 2313 Yang Benar Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313Iklan yang telah disahkan telah difaks kepada tuan. Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP.Lain-lain25.05.2012
12

Kembali ke atas