Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.rut] | توروت

Definisi : 1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd: sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu; ~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta (melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru dll) orang lain; seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; berturut-turut, berturutan 1. tidak ber-antara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; berturuti Mn dipercayai dan dipakai (per-cakapan dll), diikuti (nasihat dll), dipatuhi; menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyim­pang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), meng­ekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mun­dur­nya dlm pelajarannya ~ kerajinan-nya; ~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut arah pusingan jarum jam; turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; menuruti 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja ke-mahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. men-jadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak mene-gahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ per-timbangan yg adil; memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat; memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak melarang-kan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, ke-hendak, dll), mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. = memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu; turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut); turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2. kelanjutan; seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa; penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh, taat; 2. orang yg meng-ikut, pengikut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.rut] | توروت

Definisi : 1 ikut atau pergi bersama: Saya ~ ke mana-mana saja suami saya pergi. 2 bersama-sama melakukan sesuatu atau bersama-sama ditimpa sesuatu kejadian dsb; tidak terkecuali drpd: Ia ~ mati lemas kerana terperangkap dlm kereta yg tenggelam itu. ~ campur bersama mencampuri urusan atau hal orang lain. ~ serta ikut serta melakukan sesuatu. pak ~ orang yg sentiasa mengikut atau meniru orang lain. berturut berikut atau bersusun dgn teratur. berturut-turut 1 lepas satu, satu; terus-menerus dgn teratur; tidak berselang antara satu dgn yg lain: Pasukan itu telah kalah tiga kali ~. 2 terus melakukan sesuatu dgn tidak henti-henti; ber­ulang-ulang: Ia menembak musuh ~. menurut 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. turut-menurut tidak tentang-menentang; saling menurut. menuruti mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; mengekori. menurutkan mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. memperturutkan 1 menjadikan ber­­turut-turut; melakukan sesuatu ber­­kali-kali: Kerana terlalu marah, dia ~ pukulannya terhadap orang itu. 2 membiarkan atau membuat supaya ber­­sama-sama melakukan sesuatu; mem­biarkan turut: Ketua Pengarah ~ lima orang pegawainya dlm seminar itu. turutan 1 sesuatu yg diturut; teladan. 2 yg berturut-turut atau yg berikut-ikut. 3 yg turut bersama; yg menurut: orang ~ orang yg turut bersama. perturutan hal atau keadaan berturut-turut. pe­nurutan perbuatan (hal dsb) menurut, menuruti atau menurutkan. penurut 1 suka mengikut atau suka menurut; tidak membantah atau tidak melawan; patuh. 2 orang yg menurut; pengikut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sudah basah kehujanan.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah hamba diperhambakan pula, c. Sudah jatuh ditimpa tangga, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPadi lurut selasih lurut, Bawa belayar tanah seberang; Budi turut kasih pun turut, Jangan harap hatilah orang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut.
Kurik Kundi Merah SagaLimau purut limau sembawa, Limau manis tibak-tibakkan; Akan turut tidak dibawa, Tinggal menangis sidak-sidakkan.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaPok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak lurut padi muda, Kenalah rendam bagi rapuh; Kalau nak turut hati muda, Kena pegang bagi kukuh.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Rami banyak rumput, Tiga dengan Teluk Berembang; Berilah tali saya nak turut, Saya nak dengar cakap cik abang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati.
12

Kembali ke atas