Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.saya ingin mengetahui penggunaan Koma (,) yang betul. Adakah benar penggunaannya seperti ini Di dusun itu terdapat buah-buahan seperti manggis, cempedak, dan durian. Adakah penggunaan koma perlu diletakkan sebelum kata hubung dan. Bagaimana dengan perkataan serta. Bagaimana harus saya mengeja perkataan ceti haram Ah long atau along. Nama khas atau nama am. 3. Bagaimana harus saya mengenal pasti dengan tepat sama ada sesuatu perkataan itu kata majmuk, kata ganda atau perkataan itu perlu diletakkan tanda -. Terima kasih.

1. Penggunaan koma dalam contoh ayat yang diberikan tidak perlu kerana semuanya dalam kategori yang sama, iaitu buah-buahan. Bagi penggunaan serta, ia bermaksud turut, bersama atau dan juga.

2. Ceti haram bermaksud along, oleh itu boleh digunakan sama ada ceti haram atau along, kedua-duanya merupakan kata nama am.

3. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya: kapal terbang, gambar rajah, dan terima kasih. Manakala kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan penuh (rumah-rumah, baik-baik) atau sebahagian (lelaki, berlari-lari). Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.03.2009
Apa perbezaan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? Kalau dalam mata pelajaran, B. Melayu atau B.Malaysia? soalan kedua, apa perbezaan antara "dan" dengan "serta"?Untuk mata pelajaran perkataan yang digunakan ialah bahasa Malaysia.   Kata sendi nama dan bermaksud 1. Kata yang menghubungkan dua kata atau dua ayat. Contoh: ibu dan ayah; Ada orang yang sibuk bekerja dan ada pula yang masih berbual. 2. serta; selanjutnya ; seterusnya. Kata sendi nama serta bermaksud 1. ikut atau turut bersama. 2. = beserta bermaksud bersama dengan; dengan. 3. dan juga; dan.  Berdasarkan makna  di atas, tidak ada perbezaan antara kedua-dua sendi nama tersebut.Tatabahasa08.03.2009
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'?Salam sejahtera,

perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.10.2020
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'?Salam sejahtera,

perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa01.10.2020
Salam hormat, mohon khidmat nasihat berhubung perkataan "menyertai" dan "mengikuti". Contoh ayat : Permohonan menyertai kursus anjuran INSAN atau Permohonan mengikuti kursus anjuran INSAN? Sekian, terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan menyertai dan mengikuti membawa maksud yang sama. Oleh itu, ayat yang dicadangkan tersebut adalah betul penggunaan bahasanya.

Untuk rujukan:

(Maksud perkataan MENYERTAI ialah 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn., menemani, mengawani (utk. menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat))

Tatabahasa27.07.2018
Selamat petang tuan. Hari ini saya ingin bertanya mengenai gugus konsonan. Adakah gugus konsonan bermaksud dua atau lebih konsonan yang hadir berturut-turut atau bersama-sama dalam binaan KK(Konsonan+Konsonan)? Contohnya, binaan perkataan "stor" ialah KKVK (adakah binaan "stor" memang KKVK? Tolong semak adakah saya salah atau tidak. Jadi, huruf s dan t dalam kata “stor" ialah gugus konsonan? Harap tuan berikan penjelasan yang selanjutnya. Jasa tuan amat dihargai. Terima kasih!Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya  kl dalam klasik dan pr dalam protes. Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul.Tatabahasa27.06.2014
erti pengikut dalam kamus dewan. terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengikut ialah penganut, pengiring atau peserta, iaitu orang yang turut sama atau bersama-sama dalam sesuatu perkara.Makna07.04.2010
apakah perbezaan antara digraf dengan konsonan berganding.sila jelaskan bersama-sama contohDigraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap.Tatabahasa12.09.2011
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami.Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat.  Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia.

Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami.
Tatabahasa31.03.2015
Apakah perbezaan perkataan 'dan' dan 'serta' dan bilakah waktu yang sesuai untuk digunakan..
Kata `dan’ ialah kata hubung gabungan.
Dari segi fungsi, kata ini menghubungkan dua perkataan, frasa atau ayat. 
 
Contoh:
a. Ibu dan ayah akan ke Mekah pada tahun ini.
b. Saya akan mencipta lagu sekolah kita dan menulis liriknya.
c. Dalam majlis itu, ada orang yang menyanyi dan ada orang yang menari.

Kata `serta’ ialah kata hubung gabungan juga. Walaupun berfungsi sebagai kata yang menghubungkan kata atau frasa, namun makna yang didukungnya lebih luas daripada kata `dan’. 
Iaitu ia juga membawa maksud: 
(i)   dan juga atau dan
(ii)  bersama dengan atau dengan
(iii) mengikut bersama sebagai teman atau sebagai pembantu; mengiringi; menemani
(iv) ikut atau turut bersama

Ayat contoh:
a. Puan Salmah merupakan guru Bahasa Melayu yang baik serta rajin.
b. Puan Nurlina serta 40 orang murid akan melawat ke Langkawi.
c. Beberapa orang pegawai telah serta beliau ke persidangan itu.
d. Pada hari tersebut, saya tidak serta kerana saya telah membuat janji temu dengan doktor.

Kesimpulannya, kata `dan’ dan `serta’ berbeza dan segi fungsi dan makna. 
Oleh itu, kedua-dua perkataan ini tidak boleh bertukar ganti dengan sewenang-wenangnya. Walaupun kata `dan’ bermaksud serta, namun kebanyakan kata `dan’ tidak boleh digantikan dengan kata `serta’. Tegasnya, kata `serta’ bukan sahaja sebagai kata hubung gabungan, malah kata ini juga berfungsi sebagai kata lain, iaitu kata kerja dan juga kata sendi nama.
Tatabahasa03.08.2020
123

Kembali ke atas