Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conversational stylegaya bicaraKomunikasiTiadaCara penyampaian yang digunakan oleh seseorang. Contohnya, seorang juruhebah yang baik perlu mempunyai cara menyampaikan mesej yang berkesan dan dapat bercakap seolah-olah pendengar atau penonton turut bersama-sama dengannya.
co-sponsorpenaja bersamaKomunikasiKorporatPendekatan aktiviti penajaan untuk sesuatu acara, kempen, atau projek yang dilakukan secara bersama oleh beberapa syarikat. Penaja bersama juga boleh menanggung kos keseluruhan secara perkongsian. Setiap syarikat boleh menyumbang sesuatu bahagian perbelanjaan aktiviti yang ditaja. Jenis penajaan yang kerap digunakan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum dan pengangkutan, atau menguruskan perolehan tetamu, artis dan pakar yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Pendekatan penaja bersama turut diamalkan dalam aktiviti penajaan iklan dalam media cetak atau elektronik.
quasi-governmentsepara kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa bersama pemerintah dan sektor swasta dalam urus tadbir terutamanya untuk membentuk dasar awam. Autoriti ini dikatakan separa kerana sektor swasta turut memiliki kuasa mengarah selain daripada kuasa kerajaan. Kuasa sektor swasta ini diterima oleh kerajaan di samping kerajaan masih memainkan peranannya dalam membentuk dasar awam.
Management By Objective (MBO)Pengurusan Berdasarkan ObjektifPengurusanPerancanganSalah satu teknik pengurusan yang melibatkan perbincangan dua hala antara pengurus dengan pekerja dalam merancang matlamat bersama dan berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Selain memberikan peluang kepada pekerja untuk turut serta dalam menetapkan objektif, teknik ini juga membolehkan keberhasilan matlamat yang lebih fokus dan meningkatkan motivasi pekerja. Pelaksanaan Pengurusan Berdasarkan Objektif turut membantu proses pemantauan pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan penilaian prestasi pekerja yang lebih telus.
musyarakah contractakad musyarakahEkonomiEkonomi IslamAkad yang membolehkan pemilik modal (rabbul mal) dan pengusaha (mudarib) secara bersama menyediakan modal pembiayaan projek mengikut nisbah yang dipersetujui. Pemilik modal berhak turut sama menyelia dan mengurus projek bagi memastikan dana digunakan secara cekap. Keuntungan dan kerugian daripada projek akan dibahagikan antara pemilik modal dengan pengusaha mengikut kadar nisbah yang dipersetujui bersama. Pemilik modal boleh melupuskan sebahagian pemilikannya kepada pengusaha secara beransur-ansur sehingga akhirnya projek berkenaan menjadi milik pengusaha sepenuhnya. Akad sebegini dikenali sebagai musyarakah mutanaqisah.
customs unionkesatuan kastamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang menyeragamkan sekatan perdagangan terhadap import dari negara bukan anggota. Terdapat kesatuan kastam yang hanya menyeragamkan kadar tarif seperti Pasaran Bersama Selatan (MERCOSUR). Terdapat juga kesatuan kastam yang turut menyeragamkan sekatan bukan tarif seperti Komuniti Eropah menerusi Dasar Komersial Bersama. Penyeragaman sekatan bukan tarif merupakan langkah awal ke arah penubuhan pasaran bersama.
disk jacketjaket cakeraKomputerTiadaSampul kertas atau plastik perlindungan yang digunakan untuk membalut cakera. Jaket ini tidak pernah dibuka dan turut dimasukkan ke dalam pemacu cakera bersama cakera. Tingkap kecil pada jaket membolehkan kepala baca/tulis pemacu membaca data pada cakera.
cooperative advertisementiklan kerjasamaKomunikasiKorporatSalah satu kaedah pengiklanan barangan atau perkhidmatan yang kosnya ditanggung secara bersama antara pihak yang terlibat. Bagi pengiklanan barangan, contoh pihak yang terlibat ialah pengilang, pengedar, pemborong, peruncit, dan pembekal. Selain bertujuan untuk mengurangkan kos, iklan kerjasama juga dapat membantu memberikan ruang publisiti dan promosi kepada semua pihak yang terlibat dalam pemasaran barangan, terutamanya jika syarikat yang terlibat ialah syarikat besar yang berwibawa. Iklan kerjasama mempunyai faedah seperti yang berikut: (i) Memberikan peluang kepada syarikat kecil dan kurang ternama untuk mendapat publisiti dan promosi barangan yang luas dengan kos pengiklanan yang rendah bersama-sama syarikat yang lebih besar dan berjaya. (ii) Syarikat yang terlibat boleh membantu antara satu sama lain dalam pembiayaan kos pengiklanan. Contohnya, publisiti mengenai projek karnival Jom Heboh oleh perkhidmatan stesen penyiaran swasta yang bukan sahaja ditaja oleh stesen berkenaan, tetapi juga oleh syarikat kecil yang terlibat dan turut serta menjayakan karnival berkenaan.
full-run sponsorshippenajaan halaman penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja halaman penuh biasanya terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.
full-program sponsorshippenajaan program penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan penyiaran rancangan radio dan televisyen. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Program penajaan penuh dilakukan sepenuhnya oleh syarikat pengiklanan secara bersendirian. Melalui kaedah ini, syarikat mempunyai hak terhadap ruang masa siaran dan kedudukan siaran iklan. Adakalanya, pihak agensi pengiklanan mempunyai pengaruh dalam menentukan pengisian kandungan rancangan yang ditaja. Rancangan yang ditaja penuh biasanya terdiri daripada rancangan yang mendapat sambutan atau dijangka mendapat sambutan baik oleh khalayak. Pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan majlis sidang media mengenai rancangan yang ditaja penuh biasanya disiarkan pada masa perdana. Para penaja kerap terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.
12

Kembali ke atas