Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
succession politicspolitik penggantianSains PolitikPolitik PerbandinganAmalan politik yang cenderung kepada pertukaran pemerintah dan tidak gemar kepada pengekalan sesuatu rejim atau pemimpin. Politik penggantian ini memberi ruang kepada calon pemimpin bertanding atau turut serta dalam pemilihan dan rakyatnya pula bebas untuk memilih pemimpin baru. Contohnya, politik India era pasca-Gandhi dan Indonesia pasca-Soeharto telah menunjukkan sifat politik penggantian yang jelas apabila pemimpinnya sering bertukar ganti.
empathyempatiKesusasteraanPuisiPembaca turut mengalami serta menghayati perasaan dan pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya.
political ideologyideologi politikSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi.
narrator witnesspengisah saksiKesusasteraanTiadaPengisah (pengarang) yang menjadi salah seorang watak dalam kisah atau peristiwa yang diceritakan dalam sesebuah karya. Sebagai seorang watak, pengisah turut terlibat serta menyaksikan segala kisah atau kejadian yang berlaku seperti yang digambarkan dalam karya tersebut.
whole-of-society effortusaha menyeluruh masyarakatUmumTiadaUsaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu memutuskan rantaian COVID-19.
Dangerous Drug Act 1952Akta Dadah Berbahaya 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang memperuntukkan pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan opium serta beberapa ubat atau bahan berbahaya yang lain. Akta ini turut membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah.
cylinder headkepala silinderKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian yang diletakkan di atas blok silinder dan melitupi gerek silinder serta omboh untuk membentuk kebuk pembakaran Bahagian ini juga dilengkapi sistem pengambilan, sistem ekzos dan perumah palam pencucuh. Kepala silinder juga mempunyai jaket air atau sirip pendingin untuk menyejukkannya. Bagi enjin empat lejang, kepala silinder turut dilengkapi jaket minyak untuk pelinciran rangkaian injap dan menjadi perumah rangkaian injap.
labour movementpergerakan buruhSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk oleh golongan buruh bagi memelihara kepentingan mereka khususnya berhubung dengan upah, kebajikan, tempat kerja yang baik serta layanan yang mesra. Pergerakan ini sering membuat tuntutan sama ada kepada majikan mahupun kepada kerajaan, bergantung kepada isu yang dibawa. Pertubuhan yang mantap ini lama-kelamaan telah membuatkan mereka turut peka kepada masalah sosial, ekonomi dan politik negara. Mereka kemudiannya bersifat responsif terhadap perkembangan ekonomi dan politik tanah air dengan menyatakan pendirian mereka atau menuntut kerajaan melakukan sesuatu menurut cadangan mereka. Dalam negara tertentu seperti di India, Amerika Latin dan United Kingdom, pendirian mereka telah terikat dengan ideologi tertentu yang menjadikannya sangat rapat dengan parti politik atau pemerintah. Contoh pergerakan buruh yang aktif di Malaysia ialah CUEPACS dan MTDC.
cosmopolitan writingpenulisan kosmopolitanKesusasteraanTiadaBentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud �dunia atau alam semesta� dan politicos bermaksud �rakyat�.
fringe theatreteater pinggiranKesusasteraanTiadaTeater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan.
12

Kembali ke atas