Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. i. Longkang perlu dibersihkan supaya nyamuk tidak bertelur di dalamnya. soalan saya : Bolehkah perkataan "supaya" dalam ayat majmuk di atas digantikan dengan perkataan "agar" ii. Beta berasa sukacita apabila melihat pemandangan indah. soalan saya: perkataan "apabila" dalam ayat majmuk di atas boleh digantikan dengan perkataan"tatkala"? Terima kasihAgar bermaksud supaya dan semoga. Contoh penggunaan agar seperti yang berikut: Awak harus makan ubat agar cepat sembuh. Definisi supaya ialah mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya, agar; hendaknya. Contoh penggunaan supaya seperti yang berikut: Belajarlah daripada kesilapan supaya kamu tidak mengulanginya kembali. Penggunaan agar dan supaya boleh digunakan pada  contoh ayat yang dinyatakan di atas.

Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala. Dalam contoh ayat yang diberikan penggunaan tatkala boleh digunakan.
Lain-lain24.04.2019
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) The National Law Popularization Office (popularization di sini merujuk kepada usaha untuk memperluaskan pengetahuan undang-undang dalam kalangan masyarakat umum); (2) "issued" by.... (issued di sini merujuk kepada 'issue' sesuatu dasar atau polisi atau pelan....maksud dalam teks sumbernya ialah "dicetak dan diedarkan" ) bolehkah diterjemahkan sebagai "dikeluarkan oleh...." atau "diedarkan oleh...."? ; (3) National Food and Drug Safety Plan (Drug di sini merujuk kepada 'ubat-ubatan') Bolehkah diterjemahkan sebagai "Perancangan Keselamatan Makanan dan Drug Negara"? Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

i) The National Law Popularization Office – Pejabat Popularisasi Undang-undang Kebangsaan
ii) issued - diterbitkan
iii) National Food and Drug Safety Plan - Pelan Keselamatan Makanan dan Ubatan Kebangsaan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.06.2021

Kembali ke atas