Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.cap] | اوچڤ

Definisi : apa yg dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar; ~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang: Encik Arthur Tanner, dr Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dlm majlis itu; ~ selamat kata-kata yg disampaikan sbg mendoakan supaya selamat (utk menyatakan tahniah); ~ habis, niat sampai prb hasil yg diperoleh (dicapai) dgn segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan); berucap 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; mengucap 1. bp = ~ dua kalimah syahadat menyebutkan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yg mengakui bahawasanya tiada Tuhan yg sebenar-benarnya disembah melain-kan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah): ~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita; 2. = mengucapkan menyebutkan, melafazkan (kata-kata tertentu): tiba-tiba datang se-orang yg tidak dikenali dan ~ salam pada-nya; kotor spt babi, adalah satu perum-pamaan yg diucapkan orang; 3. = meng-ucapkan menyebutkan sesuatu (kata, huruf, dll), melafazkan, melisankan: kata ini diucapkannya dgn penuh perasaan; 4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dll), memberi syarahan: seorang pelajar yg tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato; 5. = meng-ucapkan melahirkan perasaan dll dgn kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dll): mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ; mengucapi sl menyebutkan (melaungkan, me-manggil) nama orang; terucapkan dapat diucapkan; ucapan 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; pengucapan perihal mengucap (mengucap-kan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; pengucap orang yg berucap: ~nya benar-benar mengetahui apa yg dikehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.cap] | اوچڤ

Definisi : apa-apa yg dilafazkan atau yg dituturkan; sebutan kata. berucap 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap. 2 bersyarah: Ia ~ dlm majlis itu selama 20 minit. mengucap menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. mengucapkan 1 melafazkan atau menyebut kata-kata tertentu (spt doa, sumpah). 2 melahirkan atau menyatakan perasaan dgn kata-kata: Emaknya ~ syukur kpd Tuhan kerana telah selamat drpd bahaya itu. 3 melisankan atau melafazkan sesuatu (kata, huruf dll): Dia ~ kata-kata itu dgn kuat dan jelas. ucapan 1 apa-apa yg diucapkan. 2 cara menyebut sesuatu perkataan; sebutan. 3 syarahan; pidato: ~nya pendek tetapi berisi. 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. pengucapan perbuatan atau hal mengucapkan: ~ puisi. pengucap orang yg berucap atau yg mengucapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan ucaptama , ucap utama atau ucapan utama. Manakah yang betul untuk digunakan?Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan.Ejaan03.02.2020
Soalan a dan b merujuk Berita Mingguan ( 8 Jun 2008 ), ingin mengetahui adakah betul penggunaan "kosa kata" a) PM sampai ucap tama sidang Islam - ucap tama b) Kementerian Kerjaraya - kenapa rapat dan bukan jarak ? c) Pelancongan atau pelancunganEjaan yang betul ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan ucap utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.Ejaan08.06.2008
tolong terangkan maksud frasa " ucap jasa" dalam ayat di bawah... " ucap jasa bagi pengurniaan ijazah doktor kehormat"

Puan Noris,

Perkataan ucap jasa bermaksud kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah citation. 

Makna29.03.2010
1. adakah menjadi kesalahan apabila sesuatu kata dasar tidak diimbukan? contohnya "...hiba hati apabila dia dengar ucapan saya...? perlukah perkataan dengar dimbuhkan menjadi mendengar? contoh kedua, "saya nak ucap terima kasih...". perlukan ucap diimbuhkan? wujudkah peraturan untuk pengimbuhan 2. mana satu yang benar Tun Dr.Mahathir ataupun Tun Dr Mahathir? perlu kah diletakkan tanda (.) bagi gelaran seperti di atas?1. Untuk makluman, kata dasar tidak semestinya diimbuhkan dan berdasarkan konteks ayat. Kata dasar mempunyai makna boleh berdiri sendiri tanpa proses pengimbuhan.

2.Tun Dr. Mahathir
Tatabahasa29.03.2013
Bolehkah ucap utama dicantumkan menjadi ucaptama dengan ejaan dirapatkan?

Tuan,

Ucap utama dan ucaptama membawa erti yang sinonim. 

Ejaan18.09.2011
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ?Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan.Lain-lain31.01.2010
Apakah perbezaan antara ucap utama dengan ucaptama. Bilakah kedua-dua perkataan boleh digunakan? Apakah perbezaan perkataan antara dengan di antara?

1. Ejaan yang betul ialah ucap utama.

2. Frasa sendi nama di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: i. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. ii. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.

3. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ...  (iii) Kata sendi nama antara  hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza.

 

Ejaan14.09.2011
Assalamualaikum Tuan, Saya ucap jazakumullahu khairan atas perkhidmatan yang baik ini. Seterusnya ada satu penambahbaikan yang penting berkaitan huraian perkataan-perkataan tertentu yang ada hubungkait yang khusus dengan junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ , contohnya perkataan UMMI sepertimana dalam lamanweb, "ummi II Ar tidak berpendidikan (orang yg buta huruf): Nabi Muhammad ialah seorang ~; " kalau guna ayat contoh tentang Nabi ﷺ maka hendaklah jaga Adab berkaitan Nabi, kerana pembaca akan merasa ada elemen merendahkan khususnya bila bagi contoh tentang nabi setelah menulis tidak berpendidikan, perlu jelaskan disitu bahawa Nabi dididikan oleh Allah ﷻ sendiri, dan bahawa sifat Ummi (buta huruf) pada orang lain adalah kekurangan tapi pada Nabi adalah kesempurnaan serta mukjizat kerana ilmu Nabi yang sempurna.Terima kasih kerana memberikan cadangan pembaikan takrif bagi kata pinjaman, khususnya bahasa Arab. Kami mengambil maklum berkaitan hal tersebut. Sebagai tambahan maklumat, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Makna17.07.2023
soalan: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini...... apa kesalahan ayat ini...Jawapan:

Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini......
Tatabahasa28.03.2013
Jika perkataan ucaptama dan ucap utama diterima dalam bahasa Melayu, mengapa perkataan tengah hari ( tengahari ), pasar raya ( pasaraya ), kereta api ( keretapi ), alat tulis ( alatulis ), dan lain-lain tidak diterima, sedangkan berlaku proses akronim yang mantap dan diterima umum ?Perkataan tengah hari,  pasar raya,  kereta api, alat tulis merupakan kata majmuk, iaitu perkataan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72.   Tatabahasa03.02.2010
12

Kembali ke atas