Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ca.pan] | اوچڤن

Definisi : 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ca.pan] | اوچڤن

Definisi : 1 apa-apa yg diucapkan. 2 cara menyebut sesuatu perkataan; sebutan. 3 syarahan; pidato: ~nya pendek tetapi berisi. 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya seringkali menghadapi kekeliruan menentukan bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi, mohon pihak DBP menghantar panduan untuk bahasa sapaan dalam ucapan-ucapan rasmi. Sekian, terima kasih.Untuk rujukan berkaitan kata sapaan, sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Tradis & Amalan (tulisan Moktar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri, terbitan DBP).Tatabahasa25.03.2010
Apakah yang ditakrifkan dengan ucapan? Nyatakan ciri - ciri ucapan yang baik? Jelaskan prosedur yang perlu dipatui dalam ucapan? Huraikan jenis - jenis ucapan dan format ucapan? Sediakan satu teks ucapan khalayak.Ucapan ialah kata-kata yang diucapkan bergantung kepada acara tertentu, misalnya mesyuarat, perasmian, kempen, dan amanat. Ciri-ciri ucapan yang baik ialah ada kesatuan idea : pengenalan, isi dan penutup. Sapaan dalam pembukaan hendaklah mengikut keutamaan atau kekananan. Isi disusun mengikut urutan dan koheran. Di bahagian penutup hendaklah diulang idea utama. Sila rujuk buku-buku yang menjelaskan lebih lanjut tentang penyediaan teks ucapan.Makna01.04.2007
Berikan konsep ucapan. Berikan ciri-ciri ucapan. Bagaimanakah kaedah penyampaian ucapan yang baik?Konsep ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan atau kata-kata yg diucapkan. Ini termasuk cara menyebut sesuatu kata, lafaz atau sebutan. Ucapan ini juga termasuklah syarahan atau pidato, Untuk mempelajari penyampaian ucapan yg baik, sdr perlukan latihan berterusan, kawalan suara, sebutan yg jelas termasuk intonasi dan sbgnya. Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah audiens yang hadir sewaktu sdr memberikan ucapan, Adakah audiens itu dari golongan remaja, kanak-kanak ataupun orang dewasa. Untuk maklumat lanjut ttg mendapatkan kaedah yang baik dan bernas dalam pengucapan, saya cadangkan sdr berhubung dgn pihak MADUM, iaitu Majlis Debat Universiti Malaysia. Sdr akan diberikan penerangan selanjutnya ttg teknik ucapan yg baik dan sebagainya. Selamat Maju Jaya. Terima kasih.   Lain-lain16.07.2008
penggunaan yang tepat.. Ucapan aluan atau ucapan alu-aluan?Ucapan alu-aluan. Harap maklum.Makna25.06.2008
Ucapan Aluan atau Ucapan Alu-aluanFrasa yang betul ialah ucapan alu-aluan.Tatabahasa06.02.2015
Ucapan aluan atau ucapan alu-aluan...mana satu yang tepatPaling tepat ialah ucapan alu-aluan.Tatabahasa04.10.2017
Apakah beza UCAPAN dengan DEBAT?adakah debat merupakan salah satu bentuk ucapan?ataupun adakah ianya membawa definisi yang berbeza selain daripada konsepnya di mana debat dipertandingkan manakala ucapan bukan dipertandingkan.Ucapan membawa maksud yang lebih umum, iaitu segala sesuatu yang diucapkan. Manakala debat bermaksud perbincangan mengenai sesuatu hal dengan saling memberikan alasan untuk mempertahankan hujahnya; dan peraduan berbahas.Makna14.11.2014
Mengikut DBP , Kata-kata aluan (betul), kata alu-aluan(salah) dan ucapan alu-aluan (betul), ucapan aluan (salah) minta penjelasan ... Perbezaan antara kata-kata aluan dan ucapan alu-aluan ..Perkataan yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Harap maklum.Tatabahasa26.06.2008
1. Memberikan sokongan / memberi sokongan? 2. Memberikan ucapan / memberi ucapan? Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan? terima kasihJawapan:
1. Jawapan yang betul ialah "memberikan sokongan" dan "memberikan jawapan".
2. Perkataan "memberi" digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa, contohnya orang. Manakala perkataan "memberikan" digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Contoh ayat lain: 1. memberikan nasihat 2. memberikan hadiah 3. memberi budak itu...
Tatabahasa14.07.2014
1. Bolehkah frasa "selamat pagi". "selamat tengah hari", "selamat petang", "selamat malam" dikategorikan sebagai "ucapan tatasusila"? 2. Adakah frasa "selamat tinggal", "terima kasih", "sama-sama", "maafkan saya", "apa khabar?", "khabar baik" dikategorikan sebagai "ucapan sopan" atau "ucapan tatasusila"? Terima kasihTidak ada kategori tertentu yang dikhaskan untuk mendefinisikan ucapan selamat mahupun ucapan yang lain.

Terima kasih.
Makna20.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas