Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ca.pan] | اوچڤن

Definisi : 1. apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peri-bahasa, simpulan bahasa, ungkapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ca.pan] | اوچڤن

Definisi : 1 apa-apa yg diucapkan. 2 cara menyebut sesuatu perkataan; sebutan. 3 syarahan; pidato: ~nya pendek tetapi berisi. 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
introduction (speech)pengenalan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian ketiga dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kata sapaan dan bahagian kata penghormatan. Pengenalan merupakan kata-kata yang diucapkan sebagai mukadimah atau bahagian awal kandungan utama ucapan oleh seorang pengucap. Kandungan pengenalan sesuatu ucapan biasanya mengandungi kata-kata yang bertujuan untuk mendekatkan diri pengucap dengan khalayak supaya kehadirannya dapat dihberi perhatian dan mengelakkan berlakunya jurang komunikasi, serta meningkatkan kesan interaksi kedua-dua pihak. Antara kandungan pengenalan termasuklah ucapan terima kasih kerana dijemput menghadiri acara dan kerana sambutan baik khalayak. Selain itu, pengucap juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama khalayak dan turut mengiktiraf kepentingan khalayak kepada acara tersebut. Pengucap juga biasanya turut memberikan pujian kepada suasana dan persekitaran acara. Penyusunan kandungan teks dalam bahagian ini perlu diberi perhatian dan dipantau oleh eksekutif perhubungan awam.
summary (speech)rumusan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian kelima dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kandungan utama. Bahagian ini dianggap strategik dalam ucapan perhubungan awam kerana di bahagian ini pengucap diberi peluang untuk mengulang dan menekankan isu-isu utama bagi memastikan khalayak memahami dan mengingati mesej utama yang telah disampaikan. Pengucap boleh menggunakan kaedah pemujukan emosi, amaran, cabaran, dan arahan di bahagian ini. Penyedia ucapan dan pihak perhubungan awam perlu mengenal pasti perkara-perkara utama yang perlu dirumuskan dan diberi penekanan di bahagian ini. Bahagian yang terdapat dalam struktur sesuatu ucapan ialah kata alu-aluan, kata penghormatan, pengenalan, kandungan utama, rumusan, dan penutup.
body (speech)kandungan utama (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian keempat dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian pengenalan. Di bahagian ini, terdapat isi utama yang menjelaskan tema ucapan. Bahan disusun mengikut prinsip kronologi, keutamaan, keberkaitan, dan kepentingan. Isu dan hujah diolah secara strategik bagi mengekalkan perhatian khalayak. Seseorang eksekutif perhubungan awam bertanggungjawab melakukan penyelidikan dan mengumpul maklumat untuk menyokong hujah bahagian utama ucapan melalui bantuan perundingan atau disediakan sendiri oleh bahagian perhubungan awam.
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Lihat juga kata pengantar. 3. Kata-kata yang disusun dan diucapkan sebagai pemula sesuatu ucapan. Selalunya kata-kata yang diucapkan adalah berbentuk penghargaan kepada pengerusi majlis, penganjur, atau organisasi yang menjemput pengucap ke acara berkenaan. Kata alu-aluan juga boleh dilihat sebagai cuitan kepada sesuatu persembahan ucapan.
closure (speech)penutup (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian terakhir dalam struktur ucapan rasmi. Bahagian ini memberikan impak akhir kepada khalayak untuk merumus dan mengingati semula mesej yang telah disampaikan, mengukuhkan kesan mesej utama, memantapkan jalinan hubungan antara pengucap dengan khalayak, dan meninggalkan impak mendalam terhadap keseluruhan acara. Tanggapan akhir ini sangat strategik dari segi mengekalkan citra positif khalayak terhadap pengucap dan kandungan ucapan. Seseorang eksekutif perhubungan awam perlu memantau dan meneliti kata-kata yang dipilih dan ayat yang dibentuk di - bahagian ini bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang boleh mewujudkan krisis komunikasi yang sukar diatasi. Bahagian penutup biasanya mengandungi kata-kata pengukuhan mesej yang mendalam dan penghargaan kepada khalayak atau pihak tertentu yang berkepentingan. Penutup ucapan biasanya diakhiri dengan ucapan selamat dan salam penutup dengan pendekatan yang disesuaikan dengan suasana.
speech newsberita ucapanKomunikasiTiadaBerita yang melaporkan tentang ucapan atau pidato yang dibuat dalam bentuk penulisan. Unsur-unsur yang penting di dalam berita ini ialah orang yang berucap, isi ucapan dan khalayak yang mendengarnya.
e-carde-kadTeknologi MaklumatTiadaKad ucapan dalam bentuk elektronik dan biasanya dikirim oleh sahabat atau ahli keluarga melalui e-mel. Kad ucapan elektronik ini biasanya perlu diakses dari tapak jaringan tertentu. Sinonim e-kad ucapan
salutationsalam;ucapan pembuka suratPentadbiran PerniagaanTiadaUcapan kepada seseorang sebagai permulaan surat seperti "Tuan", "Puan" dan "Datuk".
time expanded speechucapan bertempohPendidikanTiadaUcapan yang dirakam secara perlahan melalui alat elektronik tanpa gangguan.
zikirzikirKesusasteraanPuisiUcapan atau doa yang memuji-muji kebesaran Allah. Ucapan ini biasanya disampaikan dalam bentuk lagu seperti di majlis menyambut Maulud Nabi.
12345678910

Kembali ke atas