Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka bumi, hawa: oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yg tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu; 2. ruang yg di atas muka bumi yg berisi hawa, angkasa, awang-awang: debu berterbangan di ~; 3. berkaitan dgn penerbangan atau pergerakan menerusi udara; angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; kapal ~ = pesawat ~ Id kapal terbang; pelabuhan ~ lapangan terbang; pos ~ kiriman (surat, bung­kusan, dsb) yg dibawa dgn kapal terbang; te­tuang ~ ark radio; 4. keadaan hawa (cuaca, hari): indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman; 5. ki keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dll, suasana: hati manusia di se­luruh dunia berdebar-debar apabila me­­li­­­hat­kan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah; mengudarakan memberi (memasukkan) udara; pengudaraan perihal menggantikan udara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1 campuran berbagai-bagai gas yg terdapat di muka bumi; hawa. 2 ruang di muka bumi yg berisi hawa; angkasa. 3 segala yg berkaitan dgn penerbangan: angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; pos ~ pengiriman yg dibuat dgn kapal terbang. 4 keadaan cuaca, hari atau hawa: Kerana ~ buruk, kapal terbang itu tidak dpt mendarat. ~ kasa lapisan udara yg meliputi bumi. mengudarakan memasukkan udara atau menyebabkan udara bergerak. pengudaraan perihal atau perbuatan mengudarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,


Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Dalam membuat perbandingan, ayat manakah yang betul? 1. Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk. 2. Udara panas kurang tumpat daripada udara sejuk. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'daripada' dan 'berbanding dengan' dalam melakukan perbandingan?Ayat yang gramatis ialah "Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk".
Tatabahasa04.11.2015
MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG'Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG. Makna19.07.2021
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara.

2. Pemboleh-pemboleh ubah

3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan

4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu.

5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang...

6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih.

7. Bahan toksik

8. Meramalkan taufan

Tatabahasa24.11.2011
Salam pagi, Soalan saya ialah: 1) Yang manakah lebih gramatis: memanggang sate ATAU membakar sate? 2) Yang manakah lebih gramatis: bahan pencemar udara ATAU bahan cemar udara ATAU pencemar udara? 3) Apakah perbezaan antara maksud 'konsep' dan 'prinsip'? Sila berikan contohnya sekali. 4) Yang manakah betul: - ...orang ramai dinasihatkan supaya tidak membakar .... ATAU - ...orang ramai dinasihatkan tidak membakar... 5) Apakah perbezaan maksud antara 'punca' dan 'sumber'. Contoh ayat- Punca-punca pencemaran air ialah... ATAU Sumber pencemaran air ialah... (yang manakah lebih gramatis?) 6) Yang manakah lebih gramatis: - Ekoran daripada masalah jerebu... - Ekoran masalah jerebu... 7) Yang manakah betul / gramatis: - Kesan terhadap manusia ATAU kesan ke atas manusia 8) Yang manakah betul / gramatis: - lain-lain bahan atau bahan-bahan lain 9) Yang manakah betul / gramatis: - kita dapat merasanya dengan tangan - kita dapat merasainya dengan tangan 10) Yang manakah betul / gramatis: - menenggelamkan kawasan bumi yang rendah - meneggelamkan bahagian bumi yang rendah - membanjiri kawasan yang rendah - membanjiri bahagian yang rendah Sekian, terima kasih. CK(1) Frasa memanggang sate dan membakar sate, kedua-duanya betul. 
(2) Frasa yang paling tepat ialah pencemar udara.
(3) Konsep bermaksud pengertian am atau idea ygan mendasari sesuatu, seperti konsep demokrasi tidak bererti kebebasan yang tidak terbatas. Prinsip bermaksud sesuatu yang menjadi dasar atau pegangan, seperti "berdasarkan perinsip kemampuan dan kecekapan".
(4) Frasa yang betul "orang ramai dinasihatkan tidak membakar".
(5) Punca pencemaran air ialah...
(6) Ekoran daripada masalah jerebu...
(7) Kesan terhadap manusia...
(8) Frasa yang betul ialah "bahan-bahan lain".
(9) Kita dapat merasanya dengan tangan.
(10) Membanjiri kawasan yang rendah.
Tatabahasa11.10.2015
Salam, Perkataan manakah yang paling sesuai untuk digunakan bagi beg udara? 1) Beg udara mengembung apabila berlaku perlanggaran. 2) Beg udara mengembang apabila berlaku perlanggaran. Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan Lain-lain20.05.2022
UDARA YANG BERGERAKKhidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut.Lain-lain27.04.2010
Rancangan itu disiarkan ke udara atau Rancangan itu ke udara ?Jawapan yang betul ialah Rancangan itu disiarkan atau Rancangan itu ke udara.Tatabahasa04.07.2011
Tuan Adakah perkataan Udara Diraja Malaysia diambil kira sbg kata nama khas tak hidup berdasarkan ayat di bawah? Ayat: Sebuah kapal terbang penumpang Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA.Ayat yang gramatis ialah Sebuah kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia telah mendarat di lapangan terbang KLIA. Kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia bukan kapal terbang penumpang.Tatabahasa03.05.2017
BOLEH TERANGKAN KRITERIA YANG MEMBOLEHKAN SESUATU JABATAN ATAU ORGANISASI MENGGUNAKAN ISTILAH "PANGKALAN UDARA". UNTUK MAKLUMAN TUAN, SAYA TELAH MENERIMA TEGURAN DARI SALAH SEORANG ANGGOTA TUDM BERKENAN ISTILAH PANGKALAN UDARA. BOLEH SAYA DAPATKAN MAKSUD ISTILAH PANGKALAN UDARA DARI SUDUT PANDANGAN PIHAK TUDM SUPAYA TIDAK LAGI MENDAPAT KEKELIRUAN MENGENAI PERKARA YANG BERBANGKIT. SEKIAN TERIMA KASIHMengikut istilah bahasa Melayu "air base" bermaksud "pangkalan udara". Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kriteria  penamaan pangkalan udara, sila rujuk jabatan/organisasi yang lebih arif tentang perkara tersebut.Penyemakan dan penterjemahan22.07.2021
Salam sejahtera. Saya ingin mempasifkan ayat : 1. Asap kenderaan mencemari udara kita. Bolehkah ayat pasifnya dalam bentuk: 1a. Udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Menurut data kami, ayat pasif yang betul ialah udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Tatabahasa17.04.2020
12345678910...

Kembali ke atas