Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka bumi, hawa: oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yg tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu; 2. ruang yg di atas muka bumi yg berisi hawa, angkasa, awang-awang: debu berterbangan di ~; 3. berkaitan dgn penerbangan atau pergerakan menerusi udara; angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; kapal ~ = pesawat ~ Id kapal terbang; pelabuhan ~ lapangan terbang; pos ~ kiriman (surat, bung­kusan, dsb) yg dibawa dgn kapal terbang; te­tuang ~ ark radio; 4. keadaan hawa (cuaca, hari): indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman; 5. ki keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dll, suasana: hati manusia di se­luruh dunia berdebar-debar apabila me­­li­­­hat­kan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah; mengudarakan memberi (memasukkan) udara; pengudaraan perihal menggantikan udara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1 campuran berbagai-bagai gas yg terdapat di muka bumi; hawa. 2 ruang di muka bumi yg berisi hawa; angkasa. 3 segala yg berkaitan dgn penerbangan: angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; pos ~ pengiriman yg dibuat dgn kapal terbang. 4 keadaan cuaca, hari atau hawa: Kerana ~ buruk, kapal terbang itu tidak dpt mendarat. ~ kasa lapisan udara yg meliputi bumi. mengudarakan memasukkan udara atau menyebabkan udara bergerak. pengudaraan perihal atau perbuatan mengudarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,


Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Dari segi undang-undang, bahan ini seharusnya tidak terdapat dalam cecair atau pepejal berkenaan. Contohnya, minyak tanah yang dicampurkan ke dalam minyak petroleum. (BIO) advection (alir lintang) Pemindahan sifat jisim udara oleh medan halaju atmosfera. Dalam hal tertentu perhatian mungkin ditumpukan pada komponen gerakan itu mendatar atau menegak. Walau bagaimanapun, istilah ini biasanya digunakan untuk menun - jukkan pemindahan mendatar sahaja. (HID) advective thunderstorm (ribut petir alir lintang) Ribut petir yang disebabkan oleh ketakstabilan statik yang dihasilkan oleh alir lintang udara yang agak sejuk pada aras tinggi atau udara yang agak panas pada aras rendah atau gabungan kedua-duanya. (HID) adventitious root (akar adventitius) Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuh

Kembali ke atas