Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka bumi, hawa: oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yg tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu; 2. ruang yg di atas muka bumi yg berisi hawa, angkasa, awang-awang: debu berterbangan di ~; 3. berkaitan dgn penerbangan atau pergerakan menerusi udara; angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; kapal ~ = pesawat ~ Id kapal terbang; pelabuhan ~ lapangan terbang; pos ~ kiriman (surat, bung­kusan, dsb) yg dibawa dgn kapal terbang; te­tuang ~ ark radio; 4. keadaan hawa (cuaca, hari): indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman; 5. ki keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dll, suasana: hati manusia di se­luruh dunia berdebar-debar apabila me­­li­­­hat­kan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah; mengudarakan memberi (memasukkan) udara; pengudaraan perihal menggantikan udara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1 campuran berbagai-bagai gas yg terdapat di muka bumi; hawa. 2 ruang di muka bumi yg berisi hawa; angkasa. 3 segala yg berkaitan dgn penerbangan: angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; pos ~ pengiriman yg dibuat dgn kapal terbang. 4 keadaan cuaca, hari atau hawa: Kerana ~ buruk, kapal terbang itu tidak dpt mendarat. ~ kasa lapisan udara yg meliputi bumi. mengudarakan memasukkan udara atau menyebabkan udara bergerak. pengudaraan perihal atau perbuatan mengudarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,


Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dynamic convectionperolakan dinamikGeografiTiadaGerakan menegak perolakan udara-udara panas yang sangat cergas.
air passagelaluan udara; saluran udaraKejuruteraanTiadaTiada
airbornebawaan udaraPerubatanTiadaDi bawa oleh udara atau melalui udara
airborne spreadpenyebaran bawaan udaraPerubatanTiadaPenyebaran oleh udara atau melalui udara
airborne transmissiontransmisi bawaan udaraPerubatanTiadaTransmisi oleh udara atau melalui udara
density of airketumpatan udaraGeografiTiadaNisbah jirim udara dan isi padu udara tersebut dan diungkapkan sebagai gram per sm padu.
rambebiri jantan dewasa; pelantakKejuruteraanTiada1. Pelantak: Pelocok, pemberat atau struktur terpandu yang lain, untuk mengenakan tekanan atau untuk menarik sesuatu melalui hentaman.,2. Gerakan ke hadapan cedok udara atau salur masuk udara melalui udara.
cold frontperenggan sejukGeografiTiadaSempadan perenggan bagi sesebuah jisim udara sejuk yang sedang mara dan menggantikan udara panas yang lebih perlahan dan oleh itu menyebabkan udara panas tersebut naik ke udara.
air curtaintirai udaraPerubatanTiadaAliran udara merentasi laluan untuk menghalang udara sejuk masuk ke dalam bilik
moist airudara lembapGeologiTiada1. Campuran udara kering dan wap air.,2. Udara yang kelembapan nisbinya tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas