Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.fuq] | اوفوق

Definisi : Ar kaki langit: apabila matahari ter-benam di ~ barat, maka gelap gelitalah alam ini; mengufuk melintang rata, mendatar, lwn menegak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.fuq] | اوفوق

Definisi : kaki langit: Matahari mula naik di ~ timur. mengufuk melintang dan rata; mendatar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ufuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horizon distance (particle horizon)jarak ufuk/ufuk zarahMatematikTiadaSeluruh jarak yang boleh direntasi oleh isyarat cahaya sejak mula alam semesta, dan oleh sebab itu jarak maksimum yang dapat dilihat dalam model kosmos.
radio horizonufuk radioMeteorologiMeteorologi PerhubunganLokus pada titik-titik tempat sinaran terus pemancaran radio bertangen dengan permukaan bumi. Ufuk radio mengunjur ke bawah ufuk tampak dan ufuk geometri akibat pembiasan atmosfera normal. Ufuk radio berkurangan akibat perambatan piawai digantikan oleh perambatan subpiawai atau bertambah akibat perambatan adipiawai.
horizon dipjunaman ufukMatematikTiadaSudut yang terbentuk daripada garis ufuk dari mata pencerap dengan tangan ke permukaan bumi, yang merupakan perbezaan antara ufuk tampak dengan ufuk sebenar.
dip of horizonjunaman ufukMatematikTiadaSudut yang dibuat oleh garis ufuk dari mata pencerap dengan tangan ke permukaan bumi yang merupakan perbezaan antara ufuk tampak dengan ufuk sebenar.
haze horizonufuk jerebuSainsHidrometeorologiBahagian atas lapisan jerebu yang dibataskan oleh pembalikan suhu aras rendah dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dan berlatarbelakangkan langit. Dalam keadaan ini, ufuk yang sebenar biasanya dikaburi oleh lapisan jerebu.
haze horizonufuk jerebuMeteorologiMeteorologi PerhubunganBahagian atas lapisan jerebu yang dibataskan oleh songsangan suhu aras rendah, dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dengan berlatar belakangkan langit. Dalam keadaan ini, ufuk yang sebenar biasanya dikaburi oleh lapisan jerebu.
true horizonufuk sebenarFizikOptikSempadan satah ufuk yang melalui titik penglihatan atau pusat pandangan bagi sistem kanta.
horizon scannerpengimbas ufukAeroangkasaTiadaAlat untuk mencari ufuk secara automatik bagi menentukan atitud pesawat.
fundamental circlebulatan asasiMatematikTiadaSatah buatan gedang yang diandaikan sebagai mengufuk dan sistem itu dinamai dengan andaian yang seperti itu dalam sistem koordinat, misalnya ufuk samawi dalam sistem ufuk, khatulistiwa samawi dalam sistem khatulistiwa, dan sebagainya.
horizontal levelaras ufukMatematikTiadaAras yang selari dengan ufuk.
12345678910...

Kembali ke atas