Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ujar
Rujuk :ucap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. "Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. 2. "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Terima kasih.Ayat 1 " Bilakah  baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Ayat ini betul

Ayat 2 "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" Tanya  Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Perkataan ujar perlu ditukar kepada perkataan Tanya.
Tatabahasa14.08.2018
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih.Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir.Lain-lain13.08.2010
MAKNA PERKATAAN DALAM KAMUS DEWAN

Perkataan bermaksud  1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata. Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna17.04.2009
Salam sejahtera. Boleh saya dapatkan makna istilah yang sesuai untuk perkataan "thinking aloud" dalam bahasa melayu. untuk makluman, perkataan ini merujuk kepada konteks memaklumkan apa yang difikirkan secara verbal apabila melakukan aktiviti tertentu. sekian terima kasih.Harap mendapat pencerahan.

Untuk makluman puan, perkataan thinking aloud merupakan kata umum dan tidak diberikan padanan khusus dalam bahasa Melayu.  Cadangan kami bagi terjemahan perkataan tersebut ialah fikir ujar.1">

Penyemakan dan penterjemahan28.05.2018

Kembali ke atas