Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.khu.wah] | اخوه

Definisi : Ar persaudaraan: mereka bekerja seolah-olah dlm satu keluarga besar, sentiasa bertolak ansur dan menjalin tali ~ antara satu dgn yg lain; ~ Islamiah persaudaraan dlm Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ukhuwah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera.Nak tanya,apakah perbezaan antara ukhuwah dengan silaturahim?Makna kata ukhuwah dan silaturahim ialah seperti yang berikut:

ukhuwah kata nama
perhubungan sebagai saudara; persaudaraan:

Contoh penggunaan
Masjid bukan hanya menjadi tempat kita mengabdikan diri kepada Allah, tetapi tempat mempererat ukhuwah sesama kita.
Manusia yang baik ialah manusia yang dapat menjalin dan mempererat ukhuwah antara sesama manusia.

ukhuwah Islamiah
persaudaraan dalam Islam;

silaturahim kata nama
1 hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan dan perkahwinan:
Contoh penggunaan
Janganlah kamu memutuskan silaturahim dengan keluarga kalian, sekalipun mereka menyakitimu.

2 hubungan persaudaraan antara orang-orang Islam:
Contoh penggunaan
Sedekah dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

Daripada takrif tersebut dapatlah diketahui perbezaan dan persamaan makna kata tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna03.12.2023
Perkataan 'Arab, "ukhwah". Apa ejaan yang betul?Ejaan betulnya ialah ukhuwah yang bermaksud persaudaraan.Ejaan28.08.2006
maksud perkataan intihanya, marcapada, uhwah,Perkataan intihanya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah intiha (bahasa Arab) yang bermaksud akhir, penghabisan, penutup, dan perhentian. Marcapada ialah bahasa klasik atau sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini, manakala ukhuwah  bermaksud persaudaraan.Makna01.11.2010
Assalamu alaikum. Slogan yang mana satu lebih tepat? 1. Jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan 2. Yang jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan Atau ayat lain yang lebih tepat. Wassalam. Terima kasih.Slogan yang tepat dari aspek tatabahasa ialah “Yang jauh didekatkan, ukhuwah dipererat”.Tatabahasa09.03.2014

Kembali ke atas