Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ku.ran] | اوکورن

Definisi : 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ku.ran] | اوکورن

Definisi : 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. 2 satuan yg digunakan utk mengukur (spt meter, kaki, jengkal); sukatan. 3 panjangnya (lebarnya dll) sesuatu benda; saiz. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Peribahasa

Apa tampangnya,
     itulah tumbuhnya.

Bermaksud :

Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan. tampang = benih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
skalascaleNisbah ukuran lukisan kepada ukuran objek sebenar. Skala = ukuran lukisan : ukuran objek sebenar.Menengah Rendah
unit ukuranunit of measurementKuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim.Menengah Atas
ukuran paducubic measurementUkuran jumlah isi padu yang menggunakan unit meter padu, sentimeter padu dan lain-lain.Menengah Rendah
unit ukuranunit of measurementUnit ukuran dalam sistem metrik seperti meter, gram, dan liter.Sekolah Rendah
nisbahratioPerbandingan ukuran atau nilai dengan ukuran atau nilai yang lain. Lihat ContohSekolah Rendah
dimensidimensionUkuran saiz sesuatu bentuk atau objek seperti panjang, lebar, tinggi atau garis pusat. Bentuk yang hanya ada ukuran panjang seperti garis lurus mempunyai satu dimensi. Permukaan yang ada ukuran panjang dan lebar mempunyai dua dimensi. Objek yang ada panjang, lebar dan tinggi mempunyai tiga dimensi. Lihat rajahMenengah Atas
luasareaUkuran besarnya sesuatu permukaan. Unit ukuran bagi luas ialah sentimeter persegi (cm2) ataupun meter persegi (m2). Rumus luas: luas = panjang × lebar. Lihat ContohSekolah Rendah
unit ukuranunit of measurementUnit yang digunakan bagi ukuran timbangan atau sukatan. Contohnya, kilogram dan meter.Menengah Rendah
unit bukan piawainon-standard unitUnit ukuran yang tidak menggunakan alat ukuran yang standard. Lihat ContohSekolah Rendah
ukuranmeasurementNilai yang diperoleh apabila mengukur panjang, lebar, jarak, jisim, atau isi padu sesuatu.Sekolah Rendah
12345678910

Kembali ke atas